Monday, December 28, 2020

😭 𝕊𝔼𝕃𝔸𝕄𝔸𝕋 𝕋𝕀ℕ𝔾𝔾𝔸𝕃 𝕊𝔸ℍ𝔸𝔹𝔸𝕋 😭

Assalamualaikum semuanya,apa khabar? Semoga hari ini sentiasa indah dan semua urusan berjalan dengan lancar.Okey seperti yang dijanjikan,harini aku nak cerita tentang hari terakhir semasa di SERATAS.

Waktu hari kedua terakhir di SERATAS,malam tu kitorang ada buat "barbeque".Tak pernah lagi pengetua benarkan pelajar tingkatan 5 untuk tinggal di asrama selama 2 hari selepas tamat peperiksaan SPM,sehinggalah pada tahun 2018.Jadi,kitorang pun buatla "barbeque" dan makan sama-sama dengan cikgu-cikgu yang hadir pada malam itu.Selepas selesai makan,ada sesi bergambar .Tak sangka pulak,ada kawan-kawan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan permainan.Boleh pulak waktu orang tengah bergambar,diorang baling belon air.Memang habis basah baju.Nasib baik takde tepung,kalau tak hmmm,mesti muka ni dah tak nampak macam orang.

Selesai je makan,masing-masing pulang ke dorm dan bersihkan diri.Kemudian,aku dengan kawan-kawan aku pun baring atas katil masing-masing sambil bersembang kosong.Tiba-tiba kitorang dengar bunyi orang bersorak,takpela kitorang buat taktahu je.Lepastu dengar pulak bunyi orang menjerit.Masing-masing tertanya-tanya :

"Eh suara siapa pulak ni nak menjerit bersorak tengah malam."

Waktu tu kitorang tak rasa takut sebab ramai lagi yang tak tidur .Lepastu semua keluar dari dorm untuk mencari arah datangnya suara tu.LAAA RUPA-RUPANYA BUDAK LELAKI TENGAH MAIN FUTSAL DI TURF HOKI.Dahla pukul 3 pagi masatu.Turf hoki memang dekat sangat dengan asrama perempuan,jadi kalau ada orang main hoki ,kitorang boleh tengok dari atas.Memang tempat yang sangat sesuai untuk intai boyfriend main hoki,bukan aku seorang je tau yang buat,RAMAI LAGI TAUUU HAHAHA.

Keesokannya,aku dengan kawan-kawan semua bangun awal.Sebabnya kitorang nak panjat bangunan dobi.Bangunan dobi ni tinggi tau,kalau korang panjat,korang boleh tengok pemandangan SERATAS yang sangat cantik.Tapi,bukan senang ye nak naik,aku kena panjat tangga yang sangat curam.Eh tak,tangga tu tak curam pon,tangga tu tegak je,memang tegak dan tinggi.Sangat-sangat mencabar,tapi sebabkan nak pengalaman,aku redah juga.Kalau tersilap langkah waktu panjat,memang boleh jatuh dan cedera tau.Dahla nak pergi ke bangunan dobi tu pon susah,ade pakcik pengawal keselamatan yang ronda,kawasan larangan la katakan.Kitorang kena lari laju-laju dan menyorok sana-sini sebelum sampai ke bangunan tu.


Maaflah andai kata lukisan aku buruk sangat,tapi aku memang tak pandai lukis.Cuma nak cakap yang tangga aku panjat tu tegak macam dalam gambar tu,dan jarak antara anak tangga terakhir dengan permukaan rata sangat jauh.Nampak tak orang lidi tu bersusah-payah nak naik ke atas bangunan tu.Haa macamtula keadaan aku dulu.
Inilah antara salah satu gambar masa di atas bangunan tu,tengokla muka kitorang,waktu ni semua tak mandi lagi hehe.

Alhamdulillah,aku dan kawan-kawan selamat naik dan turun dari bangunan dobi.Tak lupa juga,kitorang juga selamat dari pakcik pengawal keselamatan yang sentiasa dengan wiselnya.Okey lepastu,kitorang bersiap-siap untuk pergi mandi di Coronation Swimming Pool,Taiping.Kitorang bawakla bola plastik sebab nak main dalam kolam,haa nampak tak,semuanya kitorang dan rancang semata-mata untuk dapatkan pengalaman paling bermakna sebelum tinggalkan SERATAS.Ouh sebelum tu,jangan lupa telefon mak dan abah untuk ambil lambat sikit,nanti tak pasal-pasal diorang datang nak ambil anak,tapi anak takde kat asrama.

Selesai je mandi,maka kitorang pun bergerak untuk pulang ke SERATAS.Tibalah masa yang sangat sedih.Masing-masing naik ke dorm dan ambil beg pakaian yang ingin dibawa pulang.Kami semua saling berpelukan dan menangis kerana terlalu sedih dan tidak bersedia dengan perpisahan tersebut.Dengan itu,tamatlah sudah kisah aku sepanjang di SERATAS.Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku tak cerita,antaranya ialah persediaan menghadapi hari sukan,sambutan maulidur rasul,majlis makan malam ketika tingkatan 5,kem motivasi,pengalaman berkayak dan banyakkkkk lagi.Kalau korang semua nak alami semua ni,kenala masuk SERATAS dulu,barula dapat rasa keseronokan ni sendiri.Sebelum berakhir,aku nak selitkan beberapa video dan gambar yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.TENGOK TAUU,JANGAN TAK TENGOK.RUGI SANGAT KALAU TAK TENGOK!!!

Gambar-gambar ni aku tampal pada almari baju aku.Atas sekali tu tanda nama aku semasa memegang jawatan sebagai penolong ketua rumah,gambar yang kedua pula diambil ketika majlis makan malam pelajar tingkatan 5.Gambar yang bawah sekali pula diambil ketika pelajar tingkatan 5 perlu menghadiri "mock interview"


Ini pula video semua ahli batch aku menyanyi ketika majlis makan malam.Lagu nilah yang hari-hari kami nyanyi selepas tamat peperiksaan SPM.Hmm rindunya 😭😭😭




No comments:

Post a Comment