Monday, December 28, 2020

😱 ℙ𝔼ℕ𝔾𝔸𝕃𝔸𝕄𝔸ℕ 𝕆ℝ𝕀𝔼ℕ𝕋𝔸𝕊𝕀 😱

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulainya kata,

Saya sembah pembuka bicara.


Saje je nak berpantun pula harini,pantun ni aku pernah hafal waktu sekolah rendah dulu,tak sangka sampai sekarang aku ingat.Okey seperti yang dijanjikan,harini aku nak cerita tentang pengalaman orientasi waktu di SERATAS.

Okey kalau korang ingat,post sebelum ni aku ada tulis,waktu aku "unpack" barang dengan rakan sebilik aku,tiba-tiba dengar pengumuman untuk kosongkan asrama.Kemudian,kitorang pun kalutla pergi mandi dan pergi db(dewan besar) sama-sama.Semua pelajar tingkatan 1 kena berkumpul di db untuk dengar taklimat dari PK Hal Ehwal Murid.Lepas habis je sesi taklimat dengan PK HEM,kakak-kakak dan abang-abang fasilitator yang ambil alih.Fasilitator yang uruskan kitorang adalah kakak-kakak dan abang-abang dari tingkatan 4.Kemudian,fasilitator buat sesi pengenalan mengikut rumah sukan masing-masing,untuk pengetahuan korang,aku rumah biru atau kat sana kitorang panggil rumah Rajawali.

Kalau korang pernah pergi atau belajar di SBP,korang akan tahu yang semangat rumah kat sana sangatlah tinggi,sampai boleh jadi rasis tau.Kalau hari sukan tu,perkara biasa kalau ada yang berbalah dengan kawan sendiri.Sebabnya? Bergaduh nak menangkan rumah sukan masing-masing.Teruk kan rasis rumah sukan kitorang?Tapi takdela bergaduh lama pun,nanti lama-lama elokla,yela pagi petang siang malam nak menghadap muka yang sama,manalah boleh gaduh lama sangat.

Halal la eh,aku terselit tulis pasal topik lain pulak hahaha.Okey sambung balik pasal orientasi.Kitorang diberitahu yang setiap rumah sukan perlu buat persembahan untuk Penutup Minggu Orientasi.Setiap wakil rumah sukan akan cabut undi untuk tahu persembahan apa yang perlu dibuat waktu Penutup Minggu Orientasi nanti.Jadi,lepas cabut undi,rumah Rajawali perlu buat persembahan boria.Pagi petang siang malam,kitorang semua berlatih.Yela mestila semua nak menang,sape je nak kalah,TAPIII kalau nak dibandingkan dengan persembahan yang ahli rumah sukan lain kena buat,boria ni dikira macam persembahan paling bosan tau.Hari demi hari berlalu,tibalah hari yang dinantikan.

Penutup Minggu Orientasi diadakan pada waktu malam,selepas maghrib.Semua ahli rumah membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh dan disokong oleh ahli rumah masing-masing dari tingkatan 2 hinggalah ke tingkatan 5 yang merupakan penonton.Selepas semua persembahan selesai,maka keputusan pun dimumkan.HAAA CUBA TEKA RUMAH RAJAWALI DAPAT NO BERAPA?? Bukan nombor 1,bukan nombor 2,bukan nombor 3 TAPI NOMBOR 4.Nombor terakhir sebenarnya hahahaha.Gila tak sedih,sedih tau dapat nombor akhir,tapi lepas fasilitator bagi semangat,kitorang dah okey,kalah dan menang adat pertandingan tapi yang penting hubungan kitorang makin rapat DAN PALING PENTING semangat rumah makin tinggi dalam diri masing-masing

Kemudian, semua orang ingatkan dah habisla kan,semua berkemas-kemas nak pergi masjid untuk solat isyak,waktu tu dah pukul 1130 malam,TIBA-TIBA dengar bunyi orang ketuk-ketuk mikrofon, masing-masing dah seram sejuk.Dalam hati aku :

"Eh siapa pulak yang main mikrofon ni?"

PERLAHAN-LAHAN SEMUA ORANG PANDANG MENGHADAP PENTAS. RUPA-RUPANYA PENGETUA TENGAH BERDIRI ATAS PENTAS DENGAN MUKA YANG SANGAT SANGAT SANGAT MARAH. Haa aku ulang banyak kali perkataan sangat tu,nampakla yang dia memang marah kan. Ouh lagi satu,bukannya ada makhluk lain pun,pengetua je hehehe.Korang nak tahu tak pengetua cakap apa? Apa yang dia marah sangat kat kitorang ni.

Pengetua cakap :

"SAYA NAK KAMU SEMUA ULANG BALIK ORIENTASI NI,TAK TERDIDIK LANGSUNG !! APA YANG KAMU SEMUA BELAJAR WAKTU ORIENTASI SAMPAI PERSEMBAHAN KAMU SEMUA TERUK SANGAT?? TAKDE LANGSUNG NAK PERKENALKAN SERATAS,TAKDE LANGSUNG NAK BANGGAKAN SERATAS"

Hmm manalah kitorang tahu kan,kitorang ikut je apa fasilitator ajar,tapi takpelaa.Maka kitorang pon ulangla orientasi,kalau batch lain orientasi seminggu,kitorang orientasi sampai dua minggu.Seksa tau zaman orientasi ni,bayangkanla pagi kena belajar,waktu petang,semasa orang lain tengah "preparation class", kitorang kena berlatih untuk persembahan,malam pun sambung berlatih lagi,bila balik je dorm,dah kena "lights off".Lepastu kena duduk tepi tingkap buat kerja sekolah berbantukan cahaya lampu aras yang samar-samar.Belum masuk bahagian kena kacau dengan makhluk lain waktu tengah siapkan kerja sekolah,belum masuk bahagian senior suruh iron baju lagi.Haaa mencabar tau waktu tingkatan 1 ni,dahla "homesick" tak habis-habis hahaha.Tapi takpela,nak buat macam mana,inila kehidupan,kalau tak lalui semua ni,mana nak ada pengalaman kan,pengalaman macamni barula bermakna.

Jadi,untuk Penutup Minggu Orientasi yang kedua,tiada hadiah yang akan diberikan.Kitorang hanya buat persembahan sahaja,tiada yang menang atau kalah.Tamatlah sudah kisah orientasi aku,haa korang kalau nak merasa semua ni,kenala masuk asrama.Pengalaman tinggal di asrama ni sangat seronok, bayangkan setiap masa dengan kawan-kawan,5 tahun aku menghadap muka orang yang sama,hari-hari tau.Memang dah hafal la perangai setiap seorang,bila dah keluar ni,selalu terdetik dalam hati aku yang :

"aku nak balik SERATAS" , "aku nak belajar kat SERATAS sampai bila-bila"

Bukan aku je tau,semua kawan aku rasa macamni.Sebabnya,SERATAS dapat diibaratkan seperti sebahagian dari kehidupan kami.


                                                                            Ini gambar semua ahli rumah Rajawali dalam batch aku (Dravise).


Ini pula gambar kesemua ahli rumah Rajawali dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Gambar ini diambil setelah Rajawali diumumkan sebagai juara ketika hari sukan.



Ini merupakan gambar khemah yang dibina oleh Dravise berasaskan konsep masjid yang telah diberikan ketika hari sukan.


Haa ini gambar aku,itula piala yang berjaya aku julang setelah 13 tahun tak bergelar juara.


Aku dah cari gambar orientasi tapi takde,jadi aku sertakan gambar kitorang dapat nombor 1 waktu hari sukan.Alhamdulillah,kitorang berjaya julang piala kemenangan setelah 13 tahun tak menang.Haaa cuba teka siapa penolong ketua rumah waktu ni? Siapa lagi,mestilah aku(bangga jap). Tak menang waktu orientasi pun takpe tau,asalkan menang waktu hari sukan.

Okey semua,sekian cerita untuk harini,jangan lupa,kalau nak tahu tentang kisah seram yang terjadi waktu di SERATAS,sila baca next post aku.Byee semua.Wasalam.

No comments:

Post a Comment