Monday, December 28, 2020

😭 𝕄𝔸𝕂 𝕄𝔼ℕ𝔸ℕ𝔾𝕀𝕊 𝕊𝔼𝔹𝔸𝔹 𝔻𝔸ℙ𝔸𝕋 𝕋𝔸𝕎𝔸ℝ𝔸ℕ 𝕂𝔼 𝕊𝔼ℝ𝔸𝕋𝔸𝕊 😭

Berjumpa lagi kita untuk episod yang ke 4.Assalamualaikum semua,semoga korang semua dikurniakan kesihatan yang baik.Macam yang aku pernah cakap dekat post sebelum ni,harini aku akan cerita tentang SERATAS(Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah).


Waktu hari keluar keputusan  bagi permohonan untuk ke SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan Sekolah Rancangan Khas,mak dan abah memang lagi gementar daripada aku.Sebabnya,mak dan abah nak sangat ketiga-tiga adik beradik aku ni masuk SERATAS.TAPI kakak-kakak aku tak dapat tawaran untuk masuk ke sana,kedua-dua kakak aku masuk SMK Taman Tasik yang merupakan sebuah Sekolah Rancangan Khas.Waktu isi borang permohonan tu,aku dan kakak-kakak aku semuanya letak SERATAS sebagai pilihan pertama,SMK Taman Tasik pula sebagai pilihan kedua kami.Sebenarnya,SERATAS dan SMK Taman Tasik ni dekat je,boleh kata macam berjiranla.

Tapi kenapa mak dan abah nak sangat kami semua masuk SERATAS eh?? Sebabnya,SERATAS merupakan salah satu SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan sangat dekat dengan rumah aku.Kalau masuk SBP kan memang wajib duduk asrama,maksudnya semua pelajar wajib duduk asrama.Tak macam Sekolah Rancangan Khas,ada yang boleh tinggal di asrama dan ada jugak yang kena ulang-alik dari rumah ke sekolah.Jadi,kalau dapat SERATAS memang sah-sah aku dapat tinggal di asrama.Kalau aku dapat tawaran ke SMK Taman Tasik pula,peluang aku nak tinggal di asrama dan ulang-alik dari rumah ke sekolah hanya 50-50.

Okey sambung balik.Pada suatu pagi yang sangat nyaman,ketika burung-burung berkicauan,aku pun "turn on" laptop dan semak keputusan bagi permohonan untuk ke SBP dan Sekolah Rancangan Khas.Aku memang pasti dan yakin yang aku dapat SMK Taman Tasik tau sebab kakak-kakak aku kan semua dapat tawaran untuk sambung belajar ke sana,jadi aku fikir peluang aku nak dapat masuk sana pun tinggi.

Terkejut beruk aku bila tengok yang aku dapat tawaran ke SERATAS,aku terus jerit cakap dekat mak aku.LAGI TERKEJUT BILA MAK AKU MENANGIS WEH.Aku taktahu kenapa mak aku menangis,dia kata sebab terharu sangat,abah pun nampak seronok sangat waktu tu.Aku rasa mak dan abah lagi seronok bila aku dapat tawaran ke SERATAS berbanding dengan waktu aku dapat 5A UPSR hahahahaha.Jadi,aku pon mesej beberapa orang kawan aku yang lain,dan aku rasa teruja dan seronok sangat bila tahu yang 5 orang daripada rakan sekelas aku pun dapat tawaran ke SERATAS.

Hari demi hari berlalu,pejam celik,pejam celik,tibalah hari yang sangat mendebarkan.Pejam celik,pejam celik takpe.Jangan pejam celik,pejam tak celik-celik,haa itu bahaya.Okey saje je nak merepek sikit hehehe. So, 7/1/2014 merupakan tarikh aku daftar masuk ke SERATAS.Perasaan tu taktaula nak kata macam mana,seronok ada,sedih ada,takut pon ada.Seronok tu sebab aku dapat masuk asrama la,dapat kawan baru,dapat "outing" sama-sama,main sama-sama,seronok sangat tau.Sedih tu sebab aku kena tinggal berjauhan dengan mak abah aku,yela aku mana pernah pergi mana-mana tanpa mak dan abah aku,setakat lepak dengan kawan-kawan aku adela.DAN TAKUT TU PULAK BILA AKU BACA TENTANG KISAH-KISAH SERAM DI ASRAMA.Aku pon taktahula kenapa aku baca kisah-kisah ni sehari sebelum aku masuk SERATAS,huhuhu.

Waktu dapat tahu nombor dorm dan blok tu,aku terus cari kawan-kawan untuk tanya tentang dorm diorang,yela kalau bilik dekat-dekat kan seronok.Malangnya,dorm aku jauh dengan kawan-kawan aku yang lain.Aku seorang je tersesat jauh,yang lain semua dapat blok yang sama,cuma aras je lain.Jadi,aku pun cuba minta tukar blok,tapi tak boleh sebab diorang dah tetapkan dalam sistem.Nak buat macam mana kan,aku redha dan pasrah jela hahahaha.Melebih kan padehal bukannya ada apa sangat pun,macam tak boleh jumpa kat kelas je.Okey lepastu,aku "unpack" barang-barang aku dan dibantu oleh mak dan abah.Tapi mak dan abah tolong aku sekejap je,lepastu diorang kena balik,yela takkan nak tolong aku kemas barang sampai ke petang pula.

WAKTU NI SUMPAH SEDIH,orang yang masuk asrama je tahu macam mana perasaan bila pertama kali kena berjauhan dengan mak dan ayah.SEBAK DAN SEDIH SANGAT TAHU TAK.Aku tahan je nak nangis tapi hmmm macam mana nak tahan bila tengok takung air mata mak aku dah pecah.Aku nangis lagila teruk hahaha.Tapi nak buat macam mana kan,kenala terima seadanya,nama pun asrama,kenala pandai berdikari.Ye dok?? Jadi,lepas mak abah balik,aku naik atas dan sambung kemas barang -barang aku semula.Tak lama lepastu,ada seorang lagi budak tingkatan 1 masuk dalam dorm aku,kiranya dia tu rakan sebilik akula.Lega bila tengok ade kawan tau hahahaha.Waktu kitorang tengah sembang-sembang sambil mengemas tu,tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan bahawa semua pelajar tingkatan 1 perlu kosongkan asrama dalam masa 15 minit.

Okey waktu aku dengar je pengumuman tu,bermulalah hari orientasi aku selama seminggu.Seksa dia fuhhh,hanya orang yang alami je tahu.JADI,KORANG YANG TAK PERNAH MERASA DUDUK ASRAMA WAKTU SEKOLAH MENENGAH MESTI TERINGIN NAK TAHU KAN?? Lain tau pengalaman orientasi waktu sekolah menenengah dengan kolej atau universiti.Bak kata orang,orientasi waktu zaman sekolah menengah paling seksa sekali.Orang la kata,bukan aku.

Inilah SERATAS,sekolah kesayangan aku.

Okey,jadi kepada yang nak tahu kisah orientasi aku,kisah seram yang jadi kat aku waktu duduk asrama dan banyak lagi kisah-kisah menarik tentang kehidupan aku di SERATAS,korang boleh tunggu dan baca post-post aku yang seterusnya.Okey setakat ini sahaja untuk harini,byee semua.


No comments:

Post a Comment