Monday, December 28, 2020

😨 𝕂𝕀𝕊𝔸ℍ 𝕊𝔼ℝ𝔸𝕄 𝕐𝔸ℕ𝔾 𝔹𝔼ℝ𝕃𝔸𝕂𝕌 😨

Assalamualaikum salam sejahtera,

Kepada anda semua moga bahagia,

Di hari yang indah lagi mulia,

Di pertemuan ini jalinkan kasih sayang.


Eh-eh haritu berpantun,kalini menyanyi lagu nasyid dari kumpulan Rabbani pulak.Apa salahnya kadang-kadang nak menyanyi pula.TAPI JANGAN MENYANYI TENGAH MALAM WAKTU TENGAH BASUH BAJU KAT TANDAS PULAK YE,NANTI ADE ORANG SAMBUNG. Haa korang semua ingat tak aku nak tulis pasal apa harini? Cerita yang paling ditunggu-tunggu,tak lain tak bukan,mestilah kisah seram di SERATAS.

Aku akan mulakan dengan kisah yang sentiasa jadi bualan mulut setiap pelajar SERATAS terutamanya KETIKA HARI HUJAN.Al-kisahnya kalau korang datang SERATAS dan pergi ke asrama lelaki,korang akan nampak dua buah kolam.Satu tu bentuk seakan-akan kunci dan satu lagi bentuk macam mangga.Senior-senior kitorang cakap,kalau hujan sangat lebat dan air dari dua buah kolam ni melimpah dan bertemu,maka akan jadi histeria besar-besaran.Dahla SERATAS ni terletak di Taiping iaitu antara bandar yang paling banyak hujan.Waktu aku baru masuk dan tahu cerita ni,seram sejuk aku,takut tau huhu.DAN cerita ni bukan sekadar rekaan semata-mata,cerita ni berdasarkan kisah benar yang berlaku,aku tak ingat tahun bila,tapi waktu tu aku tak masuk SERATAS lagi.Kisah ni jadi lebih kurang 3 atau 4 tahun sebelum aku masuk SERATAS. Seperti yang diceritakan,waktu tu hujan sangat lebat,tapi takde siapa pun yang menjangkakan bahawa histeria akan berlaku,yelah sebab Taiping memang selalu sangat hujan.

Tiba-tiba semua pelajar perempuan diarahkan untuk turun ke bawah dan berkumpul di bilik bacaan, bilik bacaan tak besar mana pun tau,tapi semua orang dikehendaki berhimpit-himpit dan duduk dalam satu bulatan.Pelajar perempuan yang datang bulan perlu duduk di tengah-tengah bulatan dan pelajar yang lain akan baca surah Yasin.Surah Yasin dibaca berulang kali sehinggalah keadaan di luar reda. Senior aku cakap,waktu tu dia datang bulan,bayangkan dia kena duduk di tengah-tengah bulatan sambil dengar orang lain baca Yasin.Dia cakap yang dia takut sangat,tambah-tambah lagi bila suara orang yang histeria tu menjerit makin lama makin kuat seakan-akan nak berlawan dengan suara pelajar perempuan yang membaca Yasin.Dia kata Allah je tahu macam mana cuaknya dia waktu tu,tapi kena kuatkan semangat sebab "benda" tu lagi senang nak rasuk kalau kita lemah semangat.Orang kata histeria macam ni akan jadi 4 atau 5 tahun sekali.Jadi, sesiapa yang masuk SERATAS mesti akan rasa pengalaman ni.

Asrama perempuan terdiri daripada 3 blok,2 blok lama dan 1 blok baru,kalau tanya blok mana lagi berhantu,aku pon taktaula nak jawab apa, sebab rasanya macam sama je ketiga-tiga blok ni.Belakang blok-blok ni semua ada hutan tau,hutan yang betul-betul hutan,bukannya hutan yang macam semak-samun ke apa.Waktu aku tingkatan 1,aku ditempatkan di dorm F2-4.Ada suatu hari ni,salah seorang dari kakak dorm aku yang waktu tu berada di tingkatan 4 cerita,yang dia mimpi ade "benda" tunggu di depan pintu dorm kitorang DAN YANG PALING TERKEJUT BILA KAKAK DORM AKU YANG LAGI SEORANG PON MIMPI BENDA YANG SAMA.Jadi,malam tu kitorang buat bacaan Yasin di setiap 4 penjuru dorm.Kemudian,tak lama lepastu,ada kes tentang kakak dorm aku yang tingkatan 5 pula.Ada suatu hari ni,dia belajar sampai pukul 3 pagi macamtu,dia belajar di tengah-tengah dorm dan waktu tu,dia pasang je lampu dorm.

TIBA-TIBA BUNYI KRIUKKKK.Terkejut dia,terus dia rasa takut,nak pandang lagila takut.Takpe dia buat tak tahu je,dia sambung balik buat kerja.Berani jugakla kakak dorm aku ni,kalau aku,dah lari naik katil dah.Lepas je dia sambung buat kerja,pintu dorm aku pulak bergegar,macam ada orang nak bukak pintu dari luar tapi tak boleh sebab kitorang kunci.Haa lepastu,kerusi yang ada kat tepi pintu pulak terbalik.Lepas je kerusi tu terbalik,barula kakak dorm aku pergi lari ke katil dan tidur.Dia nak tutup lampu pun tak berani sebab suis lampu betul-betul terletak di tepi pintu.Lepastu,dalam dua bulan lepas kejadian tu,seorang lagi kakak dorm aku yang tingkatan 5 ajak geng-geng dia tengok cerita seram di dorm aku.Diorang pun tengokla cerita tu dengan menggunakan laptop kakak dorm aku.Diorang tengok cerita tu di katil kakak dorm aku.Katil kakak dorm aku ni terletak hujung sekali,di penjuru bilik dan rapat dengan dinding .Tiba-tiba kakak dorm aku ni menjerit sebab terkejut tengok hantu dalam cerita tu.Takpela,sekali je dia menjerit lepastu tak jerit dah.

TAPI KEESOKAN HARINYA,LEPAS SELESAI MANDI,DIA MENGADU CAKAP PERUT DIA PEDIH.Aku pun bagila dia pinjam minyak gamat aku,kitorang ingat pedih sebab ada luka ke apa,tapi waktu nak sapu minyak gamat tu,TENGOK-TENGOK,KAT PERUT DIA ADA KESAN CAKAR, PANJANG PULAK TU.Patutla dia kata dia pedih sangat,memula kitorang ingatkan dia yang garu sampai luka tapi bila tengok betul-betul,bentuk tu memang macam cakaran dari kuku yang panjang,aku yang tengok pun seram dan terbayang macam-macam dah tau.Apa lagi,malam tu satu asrama baca Yasin,kalau kat asrama tiba-tiba baca Yasin selain dari hari jumat,haa adela benda tak kena tu.Aku rasa tu je kisah seram kakak dorm aku,mungkin ada je lagi yang lain tapi diorang tak cerita.Yela aku ni baru tingkatan 1,takkan semua benda diorang nak cerita kat aku hahaha.

Kisah seram aku semasa tingkatan 1 ade satu je.Sebelum tu bagi sesiapa yang tak tahu,selalu kalau kat asrama,kitorang ada satu ruang mandi yang besar dan dalam tu ade 5 bilik mandi,5 tandas.Untuk blok aku,tandas memang terletak hujung sekali bagi setiap aras.Okey,waktu aku tengah basuh baju malam-malam,dalam pukul 11 macamtu,tiba-tiba aku dengar bunyi orang "flush" tandas,aku takdela berani nak tengok tandas tu ada orang ke tak,sebab aku memang tahu yang takde sesiapa masuk tandas,dalam ruang mandi yang besar tu,memang ade aku sorang je.Aku pon dengan tak basuh tangannya,terus tutup air dan keluar dari situ.Aku taktahula kenapa,tapi boleh pulak aku pandang hutan kat belakang asrama tu.DAN AKU NAMPAK BENDA TERBANG TAHU TAK,HUAA LAGI MEREMANGLA AKU. Esoknya tu,aku cerita kat kawan aku,lepastu ade seorang kawan lelaki aku cakap,yang dia pun nampak benda terbang pada waktu yang lebih kurang je dengan aku.Haa sudah terang lagi bersuluh,apa yang aku nampak bukan khayalan ye,memang fakta hahaha.

Gambar ni merupakan pemandangan SERATAS dari atas.Yang bulatan sebelah kanan tu adalah asrama blok aku manakala bulatan sebelah kiri adalah asrama blok kawan aku yang lelaki tu.Seperti yang dapat tengok dalam gambar ni,belakang blok-blok ni dikelilingi dengan hutan.Aku nampak "benda" terbang di hutan tula.


Okey,ini pulak merupakan ahli dorm F2-4.Yang berdiri,kedua dari kanan tu aku.

Rasa macam panjang dah ni aku tulis,jadi setakat ni sahaja kisah seram untuk post kalini.Kalau nak tahu kisah yang lagi seram boleh baca next post tauu.

Clue post seterusnya : Kisah histeria besar-besaran yang terjadi waktu zaman aku,kisah tangan yang kena potong ade kat tengah-tengah dorm.


Sumber gambar pertama : https://www.google.com/search?q=seratas&rlz=1C1CHBD_enMY903MY903&hl=en&sxsrf=ALeKk00xKV17AZJJpLVuvrgjCgyF76xuOA:1608907839000&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiD3uDhsOntAhVGXSsKHXMhBkUQ_AUoAnoECAUQBA&biw=1366&bih=600#imgrc=WdivQSAgA_HUSM

Sumber gambar kedua  https://www.facebook.com/photofbid=278286879023319&set=a.278286215690052

No comments:

Post a Comment