Monday, December 28, 2020

😍 𝕂𝔼ℙ𝕌𝕋𝕌𝕊𝔸ℕ 𝕌𝕁𝕀𝔸ℕ 𝟙 😍

Assalamualaikum semua,okey harini aku akan cerita tentang keputusan ujian 1 aku.Ada apa dengan ujian 1 aku sampai kakak dorm aku jadi seorang yang sangat memahami? Haa ini jawapannya.

Sebenarnya markah ujian 1 aku waktu tingkatan 1 sangat baik.Mungkin ada yang cakap "alah baru ujian 1". Tapi cuba korang bayangkan,pertama kali aku tinggal asrama dan dengan dibuli lagi,kena bertugas  sana-sini tapi aku berjaya dapat keputusan gempak.Waktu ujian 1,aku dapat nombor 2 dalam batch.Kalau korang nak tahu,waktu tingkatan 1,aku memang belajar dengan bersungguh-sungguh sebab keinginan untuk dapatkan keputusan elok dan banggakan mak abah sangat tinggi.Waktu tu,aku tak pernah rasa bosan bila belajar dan aku suka sangat dengan apa yang aku belajar.Yang aku tahu,hari-hari aku mesti belajar dengan bersungguh-sungguh.Alhamdulillah keputusan aku membuktikan bahawa segala usaha aku adalah tidak sia-sia.
    
Jadi,pada suatu hari,selepas aku dan ahli dorm yang lain selesai membaca Al-Mulk,kakak-kakak dorm  aku bertanyakan tentang keputusan ujian 1 aku dan dormate aku.Diorang terkejut sangat bila aku cakap yang aku dapat nombor 2 dalam batch.Aku rasa selepas malam tu,kakak-kakak dorm aku macam dah faham kenapa aku buat keputusan untuk  belajar di tengah kawasan asrama walaupun dengan persekitaran yang bising.Mungkin diorang dah tahu yang aku taknak balik dorm awal sebab aku taknak habiskan masa belajar aku dengan mengurut.Nasib baik juga keputusan ujian 1 aku elok,kiranya alasan aku boleh diterima la kan hahaha.Jadi kehidupan waktu tingkatan 1 berakhir macam tu je,kiranya kebanyakan masa aku habis dengan belajar.


Ini gambar aku dan rakan sekelas semasa tingkatan 1.


Masuk je tingkatan 2,aku dah mula jadi nakal TAPI aku masih utamakan pelajaran.Zaman sewaktu tingkatan 2 rasa sangat seronok sebab aku dapat belajar dengan kawan-kawan.Maksudnya,semua kawan-kawan rapat aku,jenis yang suka belajar,jenis yang suka berusaha bersungguh-sungguh,kalau tak faham apa-apa,cari jawapan sama-sama,belajar sama-sama.Tak tipu tau memang rasa seronok sangat belajar.Yang paling aku ingat,waktu tingkatan 2 ade isu jerebu,waktu tu sepatutnya minggu peperiksaan.Tapi semua orang tak dibenarkan pergi ke blok akademik sebab kementerian arahkan pelajar untuk tidak pergi ke sekolah.Jadi,kitorang semua memang rasa seronok sangat,bayangkanla minggu peperiksaan ditangguhkan,kitorang memang ada banyak masa untuk belajar.Hari-hari habiskan masa dengan belajar,belajar ramai-ramai.Tapi bukanlah setiap masa belajar.Kalau rasa penat,rehat sekejap,makan ramen ramai-ramai.Lepas tu baru sambung belajar balik.Bila masuk waktu solat,sama-sama pergi solat di masjid.Setiap masa dengan kawan-kawan,seronok tau waktu  ni.Aku rasa dah banyak kali ulang cakap seronok,nampak tak betapa gembiranya aku bila tinggal di asrama.

Okey sambung balik tentang zaman tingkatan 2.Alhamdulillah keputusan waktu tingkatan 2 juga sangat memberansangkan, aku sentiasa berada dalam kedudukan 5 teratas untuk setiap peperiksaan.Sama juga dengan kawan-kawan lain yang sentiasa belajar sama-sama dengan aku.Kami semua merupakan pelajar yang berada dalam kedudukan 10 teratas bagi setiap peperiksaan, alhamdulillah. Namun,segala-galanya mula berubah sejak aku berada dalam tingkatan 3.Waktu aku tingkatan 3,aku bercinta dengan seorang lelaki dari kelas sebelah.Sebenarnya,aku dah mula bercinta dengan dia selepas habis je peperiksaan akhir tahun,waktu tingkatan 2.Tapi aku tak sangka langsung yang hubungan percintaan boleh menjadi punca utama aku lalai.Pada aku,bergantung kepada individu itu sendiri sama ada nak jadikan hubungan itu sebagai penghalang untuk belajar atau sebagai semangat untuk belajar.Sebabnya,ada sesetengah pasangan yang belajar dan berusaha untuk berjaya,kerana menginginkan keputusan yang cemerlang dan kedua-dua nama mereka dipanggil untuk naik ke pentas ketika keputusan PT3 diumumkan.

Tapi perkara ini tak terjadi pada diri aku,sebaliknya semakin lama aku menjadi semakin lalai.Aku sentiasa fikir:

"alaa chill la,PT3 lambat lagi" 

Hal ini menyebabkan keputusan semakin teruk,sangat teruk.Bayangkan,aku merupakan pelajar dari kelas pertama,tapi markah peperiksaan aku ibarat pelajar dari kelas hujung.Cikgu-cikgu memang dah berbuih mulut nasihatkan aku,tapi aku buat tak endah je.Mak dan abah apatah lagi.SAMPAIKAN AKU TAKNAK BALIK RUMAH SEBAB AKU TAK SUKA DENGAR MAK MARAH-MARAH.Mak aku pula dahla jenis yang tak suka kalau keputusan peperiksaan aku tak elok,memang ada je benda yang tak kena kalau aku balik.Tapi lama-lama aku sedar,aku rasa macam hilang sesuatu. Alhamdulilah Allah hadirkan balik perasaan itu,perasaan teruja dan seronok untuk belajar.Aku dah mula rasa bersemangat untuk belajar.Pagi petang,siang malam aku belajar sebab nak kejar balik semua perkara yang aku terlepas,bayangkan hampir setahun aku belajar tapi apa pun aku tak faham.Dan bukannya untuk satu subjek je,semua subjek tau.Jadi,memang tak terkira la berapa banyak perkara yang aku kena belajar balik.

Aku pergi "consult" dengan cikgu-cikgu aku,aku belajar dengan kawan-kawan aku,aku betulkan balik semua benda.Tiba hari keputusan PT3 dimumkan,aku tak pergi sekolah pun sebab aku takut sangat.Waktu tu pula,abah takde kat rumah,abah balik kampung.Sebelum abah pergi tu,abah dah cakap:

 "Tak payahla pergi ambil result PT3,nanti bila-bila pon boleh ambil kan?" 

Aku pon angguk je waktu tu,walaupun dalam hati,aku sangat sangat sangat sedih.Yelah abah cakap macamtu mestila sebab dia fikir yang keputusan PT3 aku teruk.Kakak dan mak aku pula,selalu cakap macamni :

"Tak tahula nak dapat berapa A je nanti." 

Siapa yang tak sedih? Setiap malam aku menangis,sedih sangat,aku taktahu nak mengadu kat siapa,hari-hari aku solat,aku menangis,mengadu pada Allah.Jadi,hari keputusan keluar tu,kawan aku ade ajak aku untuk pergi ambil keputusan dengan dia.Tapi aku taknak,sebab aku takut dan aku sedih sangat bila kena pergi dengan mak dan ayah orang.Dan hari tu jugak,aku bangun sangat awal dan tunggu je kawan-kawan aku mesej untuk bagitahu keputusan aku.

KORANG TAHU TAK,AKU BERJAYA DAPAT 10 A TAUUUU.AKU MENJERIT CAKAP KAT MAK AKU YANG AKU DAPAT A BAGI SEMUA SUBJEK.Mak aku menangis tau,menangis teruk.Mesti mak aku kesian sebab aku tak pergi sekolah,kesian sebab aku tak dapat ambil gambar dengan kawan-kawan lain,kesian sebab aku tak dapat naik pentas.Tapi hmm,mak yang taknak teman aku,cuba kalau mak nak teman aku pergi sekolah,naik teksi pon aku sanggup je tau.Korang tak rasa tau benda ni,aku rasa sedih sangat.Apa-apa pun,alhamdulillah,Allah bagi kesedaran untuk aku berubah,kesedaran untuk aku tuntut ilmu semula dan akhirnya aku berjaya.

Ini merupakan gambar aku dan kawan-kawan rapat semasa berada di tingkatan 2.Gambar ini diambil ketika jamuan hari raya aidilfitri di SERATAS.



Ini pula merupakan gambar ketika 2 Kejora.Gambar ini diambil semasa kami sedang menjalani "preparation class" pada waktu malam.


Gambat di atas merupakan rakan-rakan sekelasku semasa berada di tingkatan 2.


Inilah gambar aku dan kawan-kawan waktu tingkatan 3.


Korang rasa kan,waktu tingkatan 4 dan tingkatan 5,aku dapat keputusan macam mana?? Lagi elok atau lagi teruk?LAGI SATU, KALAU NAK TAHU KISAH TENTANG KAWAN AKU YANG MENANGIS DISEBABKAN AKU,korang kenala baca post seterusnya,jumpa nanti,byee.


No comments:

Post a Comment