Monday, December 28, 2020

😱 𝕂𝔸𝕎𝔸ℕ 𝕄𝔼ℕ𝔸ℕ𝔾𝕀𝕊 𝔻𝕀𝕊𝔼𝔹𝔸𝔹𝕂𝔸ℕ 𝔸𝕂𝕌..... 😱

Hai assalamualaikum semua,dajia hao? Semoga kalian semua baik-baik sahaja.Nak cakap mandarin lebih-lebih tak reti,takut lain pulak bunyinya nanti.Okey harini aku akan sambung sedikit tentang pelajaran aku waktu tingkatan 4 and tingkatan 5.

Bagi sesiapa yang teka keputusan peperiksaan aku waktu tingkatan 4 adalah lagi baik,JAWAPAN KORANG SALAHH.Sebenarnya,semasa tingkatan 4,keputusan peperiksaan aku lagi teruk.Pada aku,sebenarnya bila korang dah pernah gagal,korang ada dua pilihan.Yang pertama, sama ada korang taknak gagal sebab dah serik atau kedua,korang tak kisah pun jika alami kegagalan yang sama.Mungkin sebab dah biasa gagal,jadi dah rasa tak kisah kalau alami kegagalan lagi.Dan untuk aku,aku telah buat keputusan dengan memilih pilihan yang kedua DI MANA INI MERUPAKAN TINDAKAN PALING TERUK YANG PERNAH AKU BUAT.Aku dah biasa dapat keputusan peperiksaan yang teruk ketika tingkatan 2,aku dah biasa tak belajar,dah biasa tak buat kerja sekolah.Jadi,perkara ini berlarutan sehinggalah hujung tahun tingkatan 4.Keputusan peperiksaan tak payah cakapla,memang sangat teruk.Tak pernah sekalipun wujud perasaan menyesal sebab malas belajar,betapa teruknya sikap aku dulu,astaghfirullah.

Bila aku dah tingkatan 5,barulah wujud penyesalan sebab aku malas belajar.Tapi bukan penyesalan yang memberi aku semangat untuk belajar,sebaliknya penyesalan yang membuatkan aku hilang semangat untuk belajar.Tambah-tambah lagi bila aku tak faham apa yang diajar oleh cikgu.Makin hari,aku makin rasa tak bersemangat,sampaikan aku rasa sia-sia je aku belajar.Baik tak payah belajar kalau tak faham.DAN AKHIRNYA AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERHENTI BELAJAR.AKU PURA-PURA SAKIT,AKU TAKNAK PERGI KELAS DAN SEBAGAINYA. SEBAB APA? Sebab aku rasa sia-sia belajar,jadi tak payah susah-susah nak pergi kelas .Sebab kalau aku pergi kelas pun,aku bukannya faham apa yang cikgu ajar.Korang nampak tak? Sampai macamtu sekali aku fikir.

Dan sekali lagi,aku bersyukur sangat sebab Allah hadirkan kawan-kawan yang baik buat aku.Sebulan sebelum peperiksaan percubaan SPM,seusai solat isyak di masjid,ada seorang kawan aku datang duduk tepi aku.Dialah kawan yang paling rapat dengan aku ketika tingkatan 2 dan 3 dulu,yang banyak tolong aku belajar,yang banyak naikkan semangat aku dan yang banyak sedarkan aku.Dia datang duduk tepi aku dan terus menangis teresak-esak.Aku terkejutla,ingatkan dia sedih dan datang sebab nak mengadu masalah pada aku.Rupanya tak.Dia menangis sebab dia rasa dia gagal jadi sahabat yang baik.Dia rasa dia gagal tolong aku untuk belajar.Dia rasa yang dia dah tinggalkan aku.Cuba bayangkan kalau korang yang ade di tempat aku,korang malas belajar tapi kawan korang yang menangis teresak-esak sebab dia rasa semua tu salah dia.Dia rasa yang dia terlalu kejar kejayaan sampai dia lupakan korang.

ALLAHUAKBAR.Tak tahu nak gambarkan perasaan aku.Aku taktahu nak kata apa.Memang terang-terang dia takde kaitan langsung dengan perangai aku yang malas belajar.Dia yang rasa serba-salah sedangkan aku tak rasa apa-apa.Sebabkan perkara ni,semangat untuk belajar mula wujud dalam diri aku.Takkan aku gagal tapi orang lain yang merana? Aku taknak kawan aku salahkan diri dia semata-mata sebab fikir, yang dia tak berjaya untuk tolong aku.Sejak daripada haritu,aku mula belajar balik,setiap hari aku berjaga malam untuk belajar sebab nak dapatkan keputusan yang elok waktu percubaan SPM.Tapi yelah,SPM bukan macam PT3,subjek SPM lagi mencabar.Mungkin sebulan tak cukup untuk aku belajar dan dapat keputusan yang membanggakan bagi percubaan SPM.Bayangkan orang lain bertungkus-lumus belajar dari awal tahun,aku ni baru belajar dalam masa sebulan dah berangan nak dapat 9A. Memang macam angan-angan mat jenin la.

Tapi alhamdulillah,berkat usaha aku,aku berjaya dapat 7A2B bagi percubaan SPM.Kalau korang ada baca post aku sebelum ni,aku ada cerita yang waktu aku tingkatan 2,aku ade kawan-kawan yang selalu belajar sama-sama dengan aku.Waktu tingkatan 5,disebabkan keputusan peperiksaan semasa tingkatan 4 teruk,aku tak ditempatkan dalam kelas pertama manakala kawan-kawan yang selalu belajar dengan aku dulu, semuanya berada dalam kelas pertama.Aku tak sedih pun sebab sebenarnya kitorang memang rapat dengan satu batch.Belajarlah kat kelas mana pun,aku tetap akan ada kawan.Tapi yang aku nak cerita sekarang ni,bila aku dapat 7A2B waktu percubaan SPM,kawan-kawan aku dari kelas pertama tu,semua datang ke kelas aku semata-mata nak ucap tahniah sebab keputusan aku meningkat.Uish waktu ni aku terharu sangat,kawan-kawan aku buat rombongan dan datang ke kelas aku untuk ucapkan tahniah je tau.

Hari-hari aku tak pernah jemu belajar,semangat aku dah kembali.Sampailah tibanya hari untuk aku menduduki SPM,jujur aku kata yang persiapan aku masih tak cukup.Aku tahu dan aku sedar yang aku tak mampu untuk jawab dengan baik bagi sesetengah subjek,disebabkan aku tak sempat nak baca dan fahamkan beberapa topik.Hari pertama peperiksaan SPM,sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan,salah seorang daripada kawan aku melaungkan azan.Tak dapat nak ungkapkan bagaimana perasaan takut waktu tu,bulu roma aku meremang sebab takut sangat,dahla hari pertama kan.Bila takut dan ditambahkan pulak dengan persiapan yang tak cukup,lagi parahla jadinya.Tapi alhamdulillah hari pertama berjalan dengan lancar dan hari-hari seterusnya,aku dah tak cuak sangat bila dengar kawan aku laungkan azan.Bila hati dah tenteram,fikiran semakin tenang,maka semakin lancarlah urusan aku ketika menjawab soalan.

Beberapa minggu selepas itu,maka tamatlah peperiksaan SPM.Dan beberapa bulan selepas itu,keputusan pun diumumkan.Alhamdulillah aku berjaya mendapat 6A untuk SPM.Tipulah kalau kata tak menyesal sebab malas usaha dari awal.Tapi,aku terima seadanya keputusan aku dan sejak daripada haritu sampailah sekarang,aku takkan pernah ulang lagi sikap yang sama.Aku dah serik untuk merasa penyesalan buat kali kedua.

Inilah kawan aku yang menangis sebab rasa serba-salah tu,namanya Sabrina.Gambar ni diambil ketika jamuan raya semasa tingkatan 3.


Ini pulak gambar yang diambil selepas kami selesai bermain bola keranjang semasa tingkatan 4.


Gambar ni paling terbaru sekali,diambil kira-kira dua bulan yang lepas.Waktu ni Sabrina dan rakan-rakan yang lain datang ke Taiping,boleh dikatakan macam reunion la. 



Ini merupakan gambar aku dan rakan-rakan ketika tingkatan 5.Tak lupa juga,guru kelas kesayangan kami,Puan Sazni Aida.


Sekian kisah tentang pelajaran aku sewaktu di SERATAS.Aku nasihatkan korang,janganla malas belajar.Berdasarkan pengalaman aku,bila korang berjaya,bukan setakat diri sendiri je yang rasa seronok dan gembira, tapi orang sekeliling pun akan rasa gembira tau.Aku bersyukur sangat dapat masuk SERATAS dan berjumpa dengan kawan-kawan yang mampu membawa aku ke arah kebaikan,alhamdulillah.

Sebelum aku berhenti menulis aku ada soalan nak tanya.Korang pernah tak solat tarawih dan tiba-tiba bau kentut? HAAAA KALAU KORANG NAK TAHU KISAH SOLAT TARAWIH SELEPAS BERBUKA PUASA DENGAN SAMBAL TUMIS PETAI,JANGAN LUPA BACA POST SETERUSNYA TAUU. Bye assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment