Monday, December 28, 2020

😕 𝕊𝕌𝕊𝔸ℍℕ𝕐𝔸 𝕂𝔼ℍ𝕀𝔻𝕌ℙ𝔸ℕ ℤ𝔸𝕄𝔸ℕ 𝕊𝔼𝕂𝕆𝕃𝔸ℍ ℝ𝔼ℕ𝔻𝔸ℍ 😕

Hai assalamualaikum semua,sihat ke tu? Okey harini aku akan sambung cerita dekat korang tentang kesusahan hidup keluarga aku waktu zaman sekolah rendah.

Waktu aku kecil,umur 5 tahun macamtu,mak aku memang selalu bawa aku dengan adik beradik aku pergi pekan naik basikal.Abah kan kerja sampai petang,jadi mana sempat nak bawa kami jalan-jalan.Setiap minggu,hari sabtu,mak akan bawa salah seorang daripada kami pergi pekan, kira macam ikut giliran la.Kalau minggu ni kakak sulung aku,minggu depan kakak yang kedua,minggu seterusnya aku,dan kitaran ni berulang-ulang.Bukan kayuh basikal sorang satu tau,kami semua hanya akan bonceng basikal yang dikayuh oleh mak.Kuat kan mak aku? Penat-penat kayuh basikal semata-mata nak bawa anak dia jalan-jalan.

Sebenarnya ayah aku kerja sebagai seorang tukang rumah,mak aku pula suri rumah.Mak aku tak kerja dan tak pandai bawa motosikal apatah lagi nak memandu kereta.Maka,hidup kami jadi susahla sikit sebab semuanya nak bergantung kat abah je.Setiap hari,abah yang hantar kami tiga-tiga orang pergi sekolah naik motor.Aku akan duduk di depan sekali (tukang peluk kesemua beg-beg sekolah).Kakak yang kedua duduk tengah,kakak yang sulung duduk belakang sekali.Paling kesian kakak sulung akula,dia memang tak duduk atas "seat" motor dah,dia duduk atas "handle" belakang je,kalau patah "handle" tu,dia memang akan jatuh dari motor.

Nak jadikan cerita,kadang-kadang abah selalu balik kampung kat Kedah sebab kat sana ramai orang tawarkan dia untuk buat rumah.Jadi,bila abah takde kat rumah,aku dan adik beradik kena kayuh basikal pergi sekolah,tapi basikal ade dua je,adik beradik aku semua tiga orang termasuk aku.Dan mak memang risau kalau bagi kitorang naik basikal tanpa dia,mungkin sebab rumah aku agak jauh dari sekolah,adela dalam 1 kilometer.Waktu tu pulak,aku baru darjah 1,kakak yang kedua darjah 3,kakak yang sulung darjah 5.Maka,mak pun buatla keputusan.Kakak aku yang kedua bonceng basikal kakak sulung,aku pulak bonceng basikal mak aku.Kitorang buat macamni sampaila abah balik dari kampung.Selalunya setiap tahun,abah akan pergi Kedah 3 atau 4 kali untuk buat rumah kat sana.Setiap kali pergi,mesti dalam sebulan lebih,lepastu baru balik sini.

Al-kisahnya,waktu kakak aku dah tingkatan 1,dia dapat masuk sekolah asrama,jadi kakak yang kedua dapat naik basikal dia, dan aku masih naik dengan mak aku.Aku ade cakap kat mak yang aku nak naik sendiri,sebab yela aku malu la jugak bila orang tengok,tapi mak aku kata,dia akan bagi aku bawa sendiri waktu aku darjah 4.Aku pun terima jela keputusan mak.Sehinggalah suatu hari,kakak aku kena pergi kafe siber sebab nak cetak gambar-gambar untuk buat folio.Jauh jugakla tau kafe siber ni sebab kena lintas jalan besar,bayangkanla nak lintas jalan besar naik basikal,aku sampai sekarang cuak.Jadi,sampai je kat kafe siber,lepas siap kunci basikal,ketiga-tiga orang masuk dalam kafe siber tu, sebabnya dalam tu sejuk dan boleh duduk hehe.

Lepas kakak aku dah habis buat kerja dan bayar,kitorang pun keluarla dari situ sebab nak balik rumah.Aku ingat lagi,waktu tu hari jumaat sebab ramai orang baru balik dari solat jumaat kat masjid.KELUAR-KELUAR JE DARI KAFE SIBER,KAMI SEMUA TERKEDU. 

YA ALLAH,BASIKAL KAKAK AKU HILANGGGG !!! Basikal tu dah kunci tau tapi nak buat macam mana,dah hilang kan.Kemudian,mak aku buat keputusan yang dia yang akan kayuh basikal dan aku dengan kakak aku jadi pembonceng.Mestila berat tau,nak nangis tau bila ingat balik,kesian mak aku.Bukan tak nak jalan sama-sama sambil pimpin basikal,tapi sumpah kafe siber tu jauh gila dari rumah dan masing-masing dah penat sangat waktu tu.

Mak pun kayuh la basikal bawa kami,kayuh punya kayuh,makin lama makin perlahan,makin perlahan dan akhirnya berhenti.Rupanya mak dah tak larat sangat nak bawa kami.Jadi,mak buat keputusan yang salah seorang daripada kami kena duduk di mana-mana.Nanti mak akan datang untuk ambil selepas hantar salah seorang daripada kami balik.Mestila kakak aku yang kena mengalah kan,dia kan kakak,aku ni anak bongsu.MALANGNYA,DIA TAKNAK  MENGALAH KORANG TAHU TAK! Jadi,aku yang terpaksa mengalah dan duduk di masjid.Sementara aku tunggu mak,bolehla aku solat dulu.Lepas selesai solat,dalam pukul 3 petang macamtu,aku tunggu mak aku datang,tapi tunggu punya tunggu,mak tak sampai-sampai pun untuk ambil aku,sampai dh pukul 530 aku tunggu,tapi mak tak datang pun.Waktu tu aku baru darjah 3,tipula aku tak nangis,aku takut sangat tau,orang-orang masjid pun tegur tanya macam-macam kat aku,lagi terukla aku menangis hahahahaha.

Dah pukul 6,mak tak sampai-sampai lagi,tiba-tiba maksu aku datang,dia kata yang mak aku telefon dia minta tolong ambilkan aku kat masjid.Aku pun ikutla maksu aku,balik je rumah aku marahla mak aku sebab tinggal aku lama sangat.Rupa-rupanya mak aku tak larat sangat dah nak ambil aku,mak aku pitam sebab penat sangat.Sejak dari hari tu,abah pun tak pergi buat rumah kat Kedah dah,abah mula pergi sana bila aku dan semua kakak aku dah sekolah menengah dan dapat masuk asrama.

Aku tengok sekarang ni dah tak macam dulu,dulu ramai sangat yang pergi sekolah naik basikal,penuh basikal kat ruang basikal,sekarang kosong je,kalau ade pon dalam 10 basikal macamtu je.Yela,zaman dah maju kan,dah makin moden.Kafe siber pon,sekarang dah ada banyak dah kat kawasan sini,tak payah susah-susah nak lintas jalan besar.

Inilah kafe siber waktu basikal kakak aku hilang tu.

Okey itu je salah satu dari kisah kehidupan aku,mungkin ade yang baca ni dan terdetik dalam hati dia,"alah,baru dugaan macamtu dah cakap susah".Ingatlah yang Allah takkan uji hamba-hambaNya melainkan mereka boleh hadapi dugaan tersebut.Setiap yang berlaku ada hikmahnya,kita hanya perlu bersangka baik dengan Dia.

Post seterusnya,aku nak cerita tentang detik-detik kebahagiaan bila dapat tahu yang aku diterima masuk ke SERATAS.Jumpa nanti tauuuu,selamat malam, assalamualaikum.

Sumber gambar : https://www.google.com/maps/uv?pb=!1s0x31caa934e2d35d45%3A0x6088dab8fbe834ab!3m1!7e115!4shttps%3A%2F%2Flh5.googleusercontent.com%2Fp%2FAF1QipPTHqzAGkptletQY6BSGPVjqdcwfaTRHc4666N2%3Dw213-h160-k-no!5smum%20cyber%20cafe%20kamunting%20-%20Google%20Search!15sCgIYEw&imagekey=!1e10!2sAF1QipPTHqzAGkptletQY6BSGPVjqdcwfaTRHc4666N2&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwi6t4Xe2ujtAhVzyDgGHaErCR0QoiowE3oECB4QAw&cshid=1608884791613894

No comments:

Post a Comment