Monday, December 28, 2020

😭 𝕊𝔼𝕃𝔸𝕄𝔸𝕋 𝕋𝕀ℕ𝔾𝔾𝔸𝕃 𝕊𝔸ℍ𝔸𝔹𝔸𝕋 😭

Assalamualaikum semuanya,apa khabar? Semoga hari ini sentiasa indah dan semua urusan berjalan dengan lancar.Okey seperti yang dijanjikan,harini aku nak cerita tentang hari terakhir semasa di SERATAS.

Waktu hari kedua terakhir di SERATAS,malam tu kitorang ada buat "barbeque".Tak pernah lagi pengetua benarkan pelajar tingkatan 5 untuk tinggal di asrama selama 2 hari selepas tamat peperiksaan SPM,sehinggalah pada tahun 2018.Jadi,kitorang pun buatla "barbeque" dan makan sama-sama dengan cikgu-cikgu yang hadir pada malam itu.Selepas selesai makan,ada sesi bergambar .Tak sangka pulak,ada kawan-kawan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan permainan.Boleh pulak waktu orang tengah bergambar,diorang baling belon air.Memang habis basah baju.Nasib baik takde tepung,kalau tak hmmm,mesti muka ni dah tak nampak macam orang.

Selesai je makan,masing-masing pulang ke dorm dan bersihkan diri.Kemudian,aku dengan kawan-kawan aku pun baring atas katil masing-masing sambil bersembang kosong.Tiba-tiba kitorang dengar bunyi orang bersorak,takpela kitorang buat taktahu je.Lepastu dengar pulak bunyi orang menjerit.Masing-masing tertanya-tanya :

"Eh suara siapa pulak ni nak menjerit bersorak tengah malam."

Waktu tu kitorang tak rasa takut sebab ramai lagi yang tak tidur .Lepastu semua keluar dari dorm untuk mencari arah datangnya suara tu.LAAA RUPA-RUPANYA BUDAK LELAKI TENGAH MAIN FUTSAL DI TURF HOKI.Dahla pukul 3 pagi masatu.Turf hoki memang dekat sangat dengan asrama perempuan,jadi kalau ada orang main hoki ,kitorang boleh tengok dari atas.Memang tempat yang sangat sesuai untuk intai boyfriend main hoki,bukan aku seorang je tau yang buat,RAMAI LAGI TAUUU HAHAHA.

Keesokannya,aku dengan kawan-kawan semua bangun awal.Sebabnya kitorang nak panjat bangunan dobi.Bangunan dobi ni tinggi tau,kalau korang panjat,korang boleh tengok pemandangan SERATAS yang sangat cantik.Tapi,bukan senang ye nak naik,aku kena panjat tangga yang sangat curam.Eh tak,tangga tu tak curam pon,tangga tu tegak je,memang tegak dan tinggi.Sangat-sangat mencabar,tapi sebabkan nak pengalaman,aku redah juga.Kalau tersilap langkah waktu panjat,memang boleh jatuh dan cedera tau.Dahla nak pergi ke bangunan dobi tu pon susah,ade pakcik pengawal keselamatan yang ronda,kawasan larangan la katakan.Kitorang kena lari laju-laju dan menyorok sana-sini sebelum sampai ke bangunan tu.


Maaflah andai kata lukisan aku buruk sangat,tapi aku memang tak pandai lukis.Cuma nak cakap yang tangga aku panjat tu tegak macam dalam gambar tu,dan jarak antara anak tangga terakhir dengan permukaan rata sangat jauh.Nampak tak orang lidi tu bersusah-payah nak naik ke atas bangunan tu.Haa macamtula keadaan aku dulu.
Inilah antara salah satu gambar masa di atas bangunan tu,tengokla muka kitorang,waktu ni semua tak mandi lagi hehe.

Alhamdulillah,aku dan kawan-kawan selamat naik dan turun dari bangunan dobi.Tak lupa juga,kitorang juga selamat dari pakcik pengawal keselamatan yang sentiasa dengan wiselnya.Okey lepastu,kitorang bersiap-siap untuk pergi mandi di Coronation Swimming Pool,Taiping.Kitorang bawakla bola plastik sebab nak main dalam kolam,haa nampak tak,semuanya kitorang dan rancang semata-mata untuk dapatkan pengalaman paling bermakna sebelum tinggalkan SERATAS.Ouh sebelum tu,jangan lupa telefon mak dan abah untuk ambil lambat sikit,nanti tak pasal-pasal diorang datang nak ambil anak,tapi anak takde kat asrama.

Selesai je mandi,maka kitorang pun bergerak untuk pulang ke SERATAS.Tibalah masa yang sangat sedih.Masing-masing naik ke dorm dan ambil beg pakaian yang ingin dibawa pulang.Kami semua saling berpelukan dan menangis kerana terlalu sedih dan tidak bersedia dengan perpisahan tersebut.Dengan itu,tamatlah sudah kisah aku sepanjang di SERATAS.Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku tak cerita,antaranya ialah persediaan menghadapi hari sukan,sambutan maulidur rasul,majlis makan malam ketika tingkatan 5,kem motivasi,pengalaman berkayak dan banyakkkkk lagi.Kalau korang semua nak alami semua ni,kenala masuk SERATAS dulu,barula dapat rasa keseronokan ni sendiri.Sebelum berakhir,aku nak selitkan beberapa video dan gambar yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.TENGOK TAUU,JANGAN TAK TENGOK.RUGI SANGAT KALAU TAK TENGOK!!!

Gambar-gambar ni aku tampal pada almari baju aku.Atas sekali tu tanda nama aku semasa memegang jawatan sebagai penolong ketua rumah,gambar yang kedua pula diambil ketika majlis makan malam pelajar tingkatan 5.Gambar yang bawah sekali pula diambil ketika pelajar tingkatan 5 perlu menghadiri "mock interview"


Ini pula video semua ahli batch aku menyanyi ketika majlis makan malam.Lagu nilah yang hari-hari kami nyanyi selepas tamat peperiksaan SPM.Hmm rindunya 😭😭😭




🤮 𝔹𝔸𝕌 𝕂𝔼ℕ𝕋𝕌𝕋 ℙ𝔼𝕋𝔸𝕀 𝕊𝔼𝕄𝔸𝕊𝔸 𝕋𝔼ℝ𝔸𝕎𝕀ℍ 🤮

Bubur selasih ubi keladi,

Lemak manis santan kelapa,

Terima kasih saudara saudari,

Selalu membaca tiada lupa.

Hai semua,jadi harini aku akan sambung menulis tentang pengalaman berbuka puasa di SERATAS. Waktu bulan puasa,semua pelajar dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5 berpeluang untuk pergi ke bazar ramadhan dengan menaiki bas sekolah.Pengalaman ni memang tak dapat dilupakan sebab keseronokan membeli makanan di bazar ramadhan dengan kawan-kawan memang sampai bila-bila tak dapat diulang. Yelah,cuba bayangkan adik dorm kirim beli makanan,kawan-kawan dari kelas lain kirim beli makanan,makanan untuk diri sendiri lagi,memang kena tulis apa yang nak dibeli.Buatnya terlupa nak beli,tak pasal-pasal ada yang merajuk sebab takde makanan sampingan untuk berbuka.Nak bawa makanan-makanan ni pergi ke bas lagi,memang tak cukup tangan nak angkat semua.Dah sampai asrama, BUKANNYA SEMUA NAK AMBIL MAKANAN MASING-MASING,AKU JUGAK YANG KENA BAWA SEMUA MAKANAN NAIK KE DORM AKU.Hahahahaha,macam ni lah perasaan orang yang tolong beli makanan kat bazar ramadhan.Aku cakap kat orang,padahal aku pun sama je.Kalau kirim makanan kat orang lain,bila dah nak kosong asrama,baru terhegeh-hegeh nak ambil makanan kat dorm orang.

Haaa kalau minggu "outing" pulak,kitorang ramai-ramai jalan kaki pergi bazar ramadhan.Bukannya dekat pun bazar,dahla puasa pulak tu.Tapi disebabkan jalan dengan kawan-kawan,penat tu dah tak rasa. Kalau minggu tak boleh "outing" pula,mesti ada mak ayah dari salah seorang kawan aku yang datang bawak makanan banyak-banyak.Haa apalagi,makan ramai-ramai la,ambilla sikit-sikit.Rezeki kan perlu dikongsi.

Okey ada suatu hari,mak dan ayah aku pula datang.Mak dan abah aku bukannya jenis datang dan bawa makanan yang dah siap masak dari rumah.Selalunya kalau mak abah datang, diorang akan bawa makanan yang jarang mak ayah orang lain bawa.Haa kenapa aku cakap macamni, bayangkanla mak dan abah datang bawa 7 biji buah durian dan dua ikat petai .Okey durian tu memang ada yang dah siap kopek dan isi-isi durian tu disimpan dalam bekas,tapi ada jugak durian yang tak kopek lagi.Bila abah dan mak bagi,takkanla aku nak tolak.Abah kata durian tak sedap kalau kopek awal-awal tapi taknak makan lagi.Petai pulak,mak suruh makan dengan nasi waktu berbuka.Disebabkan abah nak bagi 7 biji durian pada aku ,aku terpaksa panggil kawan-kawan aku tolong bawa durian-durian ni semua ke dorm.Lepastu,aku terus pergi dari dorm ke dorm untuk ajak kawan-kawan aku makan sambal tumis petai waktu berbuka dan makan durian lepas terawih.

Kemudian,aku terus pergi ke kafe dan minta tolong kakak kafe masakkan sambal tumis petai.Bayangkanla dua ikat petai,banyak kot.Mana larat nak makan.Yelah,bukannya semua orang makan petai kan,nak ajak budak lelaki makan sekali,kitorang pulak malu hahaha.Jadi kitorang pon bagila sikit dekat kakak-kakak dan abang-abang kafe tu.Lepastu,kami semua berbuka puasa dengan menu utamanya sambal tumis petai.Selesai je makan,semua orang mula risau.Yela makan petai kot,kalau terkentut ke,cakap dengan orang lain ke,mestila berbau petai.

Perkara yang tak diduga pon berlaku.BOLEH PULAK SALAH SEORANG DARI KAWAN AKU TERKENTUT WAKTU TERAWIH.MEMANG BUSUK PETAILA HAHAHA.Nasib baik kitorang solat terawih dekat-dekat,jadi yang dapat bau tu majoriti kitorang je.Ada jugak orang lain yang dapat bau dan tertanya-tanya selepas selesai solat terawih.Semua nak tahu siapa yang kentut,tapi kitorang semua buat tak tahu je.Nak "cover" kawanlah katakan.

Selesai je terawih,semua orang pergi "preparation class" macam biasa.Habis je "preparation class",semua kawan-kawan datang dorm aku.Nak buat apa lagi,mestila sebab nak makan durian. Disebabkan durian tu dah merekah sikit,jadi senangla kitorang nak kopek kulit durian tu.Tapi ada jugak durian yang susah nak kopek,pisau tak ada,parang apatah lagi.Jadi kitorang pon kopek durian tu guna gunting, setengah jam jugakla usaha nak kopek buah durian tu dan akhirnya berjaya.Lepas habis makan durian,aku suruh kawan-kawan aku minum air yang dituang atas pangsa durian.Abah kata,kalau taknak badan panas lepas makan durian,buat macamtu.Petua orang tua-tua la katakan.Kitorang pon minum air dari pangsa durian, tapi ada jugak yang tak reti nak minum.Habis basah karpet dorm aku sebab air tertumpah.Ouh lupa nak cakap,waktu ni aku dah tingkatan 5,jadi bebas la sikit nak buat apa pun dalam dorm,takde siapa boleh marah hehe.


Inilah masjid As-Syakirin SERATAS,waktu berbuka puasa yang makan sambal tumis petai tu,kitorang semua duduk di kaki lima masjid.Bukannya dewan makan tutup,cuma saje je nak makan sama-sama sambil bersila.

Macamtula kisah dan pengalaman aku berpuasa di SERATAS,seronok kan?Kalau korang nak rasa pengalaman menarik dan seronok macamni, korang kenala masuk asrama dulu.Mesti tak menyesal,aku jamin.Okey korang,setakat ini sahaja untuk harini,post seterusnya aku nak cerita dekat korang tentang hari terakhir aku di SERATAS.Ingat hari terakhir terus kalut-kalut kemas barang dan balik ke? TIDAK SAMA SEKALI YEE,kitorang buat macam-macam lagi aktiviti sebelum meninggalkan SERATAS tauu.Kalau nak tahu pengalaman aku panjat tangga yang sangat sangat sangat curam,jangan lupa baca post seterusnya,byee wasalam.


Sumber gambar https://www.google.com/searchq=masjid+seratas&rlz=1C1CHBD_enMY903MY903&sxsrf=ALeKk00u3hzt_lhOy_YJXCMTg3mxlX6_rQ:1608981731634&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwium8GExOvtAhXPzTgGHZ0aDVsQ_AUoAXoECAYQAw&biw=1366&bih=600#imgrc=HO9XSKhdVc63NM

😱 𝕂𝔸𝕎𝔸ℕ 𝕄𝔼ℕ𝔸ℕ𝔾𝕀𝕊 𝔻𝕀𝕊𝔼𝔹𝔸𝔹𝕂𝔸ℕ 𝔸𝕂𝕌..... 😱

Hai assalamualaikum semua,dajia hao? Semoga kalian semua baik-baik sahaja.Nak cakap mandarin lebih-lebih tak reti,takut lain pulak bunyinya nanti.Okey harini aku akan sambung sedikit tentang pelajaran aku waktu tingkatan 4 and tingkatan 5.

Bagi sesiapa yang teka keputusan peperiksaan aku waktu tingkatan 4 adalah lagi baik,JAWAPAN KORANG SALAHH.Sebenarnya,semasa tingkatan 4,keputusan peperiksaan aku lagi teruk.Pada aku,sebenarnya bila korang dah pernah gagal,korang ada dua pilihan.Yang pertama, sama ada korang taknak gagal sebab dah serik atau kedua,korang tak kisah pun jika alami kegagalan yang sama.Mungkin sebab dah biasa gagal,jadi dah rasa tak kisah kalau alami kegagalan lagi.Dan untuk aku,aku telah buat keputusan dengan memilih pilihan yang kedua DI MANA INI MERUPAKAN TINDAKAN PALING TERUK YANG PERNAH AKU BUAT.Aku dah biasa dapat keputusan peperiksaan yang teruk ketika tingkatan 2,aku dah biasa tak belajar,dah biasa tak buat kerja sekolah.Jadi,perkara ini berlarutan sehinggalah hujung tahun tingkatan 4.Keputusan peperiksaan tak payah cakapla,memang sangat teruk.Tak pernah sekalipun wujud perasaan menyesal sebab malas belajar,betapa teruknya sikap aku dulu,astaghfirullah.

Bila aku dah tingkatan 5,barulah wujud penyesalan sebab aku malas belajar.Tapi bukan penyesalan yang memberi aku semangat untuk belajar,sebaliknya penyesalan yang membuatkan aku hilang semangat untuk belajar.Tambah-tambah lagi bila aku tak faham apa yang diajar oleh cikgu.Makin hari,aku makin rasa tak bersemangat,sampaikan aku rasa sia-sia je aku belajar.Baik tak payah belajar kalau tak faham.DAN AKHIRNYA AKU AMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERHENTI BELAJAR.AKU PURA-PURA SAKIT,AKU TAKNAK PERGI KELAS DAN SEBAGAINYA. SEBAB APA? Sebab aku rasa sia-sia belajar,jadi tak payah susah-susah nak pergi kelas .Sebab kalau aku pergi kelas pun,aku bukannya faham apa yang cikgu ajar.Korang nampak tak? Sampai macamtu sekali aku fikir.

Dan sekali lagi,aku bersyukur sangat sebab Allah hadirkan kawan-kawan yang baik buat aku.Sebulan sebelum peperiksaan percubaan SPM,seusai solat isyak di masjid,ada seorang kawan aku datang duduk tepi aku.Dialah kawan yang paling rapat dengan aku ketika tingkatan 2 dan 3 dulu,yang banyak tolong aku belajar,yang banyak naikkan semangat aku dan yang banyak sedarkan aku.Dia datang duduk tepi aku dan terus menangis teresak-esak.Aku terkejutla,ingatkan dia sedih dan datang sebab nak mengadu masalah pada aku.Rupanya tak.Dia menangis sebab dia rasa dia gagal jadi sahabat yang baik.Dia rasa dia gagal tolong aku untuk belajar.Dia rasa yang dia dah tinggalkan aku.Cuba bayangkan kalau korang yang ade di tempat aku,korang malas belajar tapi kawan korang yang menangis teresak-esak sebab dia rasa semua tu salah dia.Dia rasa yang dia terlalu kejar kejayaan sampai dia lupakan korang.

ALLAHUAKBAR.Tak tahu nak gambarkan perasaan aku.Aku taktahu nak kata apa.Memang terang-terang dia takde kaitan langsung dengan perangai aku yang malas belajar.Dia yang rasa serba-salah sedangkan aku tak rasa apa-apa.Sebabkan perkara ni,semangat untuk belajar mula wujud dalam diri aku.Takkan aku gagal tapi orang lain yang merana? Aku taknak kawan aku salahkan diri dia semata-mata sebab fikir, yang dia tak berjaya untuk tolong aku.Sejak daripada haritu,aku mula belajar balik,setiap hari aku berjaga malam untuk belajar sebab nak dapatkan keputusan yang elok waktu percubaan SPM.Tapi yelah,SPM bukan macam PT3,subjek SPM lagi mencabar.Mungkin sebulan tak cukup untuk aku belajar dan dapat keputusan yang membanggakan bagi percubaan SPM.Bayangkan orang lain bertungkus-lumus belajar dari awal tahun,aku ni baru belajar dalam masa sebulan dah berangan nak dapat 9A. Memang macam angan-angan mat jenin la.

Tapi alhamdulillah,berkat usaha aku,aku berjaya dapat 7A2B bagi percubaan SPM.Kalau korang ada baca post aku sebelum ni,aku ada cerita yang waktu aku tingkatan 2,aku ade kawan-kawan yang selalu belajar sama-sama dengan aku.Waktu tingkatan 5,disebabkan keputusan peperiksaan semasa tingkatan 4 teruk,aku tak ditempatkan dalam kelas pertama manakala kawan-kawan yang selalu belajar dengan aku dulu, semuanya berada dalam kelas pertama.Aku tak sedih pun sebab sebenarnya kitorang memang rapat dengan satu batch.Belajarlah kat kelas mana pun,aku tetap akan ada kawan.Tapi yang aku nak cerita sekarang ni,bila aku dapat 7A2B waktu percubaan SPM,kawan-kawan aku dari kelas pertama tu,semua datang ke kelas aku semata-mata nak ucap tahniah sebab keputusan aku meningkat.Uish waktu ni aku terharu sangat,kawan-kawan aku buat rombongan dan datang ke kelas aku untuk ucapkan tahniah je tau.

Hari-hari aku tak pernah jemu belajar,semangat aku dah kembali.Sampailah tibanya hari untuk aku menduduki SPM,jujur aku kata yang persiapan aku masih tak cukup.Aku tahu dan aku sedar yang aku tak mampu untuk jawab dengan baik bagi sesetengah subjek,disebabkan aku tak sempat nak baca dan fahamkan beberapa topik.Hari pertama peperiksaan SPM,sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan,salah seorang daripada kawan aku melaungkan azan.Tak dapat nak ungkapkan bagaimana perasaan takut waktu tu,bulu roma aku meremang sebab takut sangat,dahla hari pertama kan.Bila takut dan ditambahkan pulak dengan persiapan yang tak cukup,lagi parahla jadinya.Tapi alhamdulillah hari pertama berjalan dengan lancar dan hari-hari seterusnya,aku dah tak cuak sangat bila dengar kawan aku laungkan azan.Bila hati dah tenteram,fikiran semakin tenang,maka semakin lancarlah urusan aku ketika menjawab soalan.

Beberapa minggu selepas itu,maka tamatlah peperiksaan SPM.Dan beberapa bulan selepas itu,keputusan pun diumumkan.Alhamdulillah aku berjaya mendapat 6A untuk SPM.Tipulah kalau kata tak menyesal sebab malas usaha dari awal.Tapi,aku terima seadanya keputusan aku dan sejak daripada haritu sampailah sekarang,aku takkan pernah ulang lagi sikap yang sama.Aku dah serik untuk merasa penyesalan buat kali kedua.

Inilah kawan aku yang menangis sebab rasa serba-salah tu,namanya Sabrina.Gambar ni diambil ketika jamuan raya semasa tingkatan 3.


Ini pulak gambar yang diambil selepas kami selesai bermain bola keranjang semasa tingkatan 4.


Gambar ni paling terbaru sekali,diambil kira-kira dua bulan yang lepas.Waktu ni Sabrina dan rakan-rakan yang lain datang ke Taiping,boleh dikatakan macam reunion la. 



Ini merupakan gambar aku dan rakan-rakan ketika tingkatan 5.Tak lupa juga,guru kelas kesayangan kami,Puan Sazni Aida.


Sekian kisah tentang pelajaran aku sewaktu di SERATAS.Aku nasihatkan korang,janganla malas belajar.Berdasarkan pengalaman aku,bila korang berjaya,bukan setakat diri sendiri je yang rasa seronok dan gembira, tapi orang sekeliling pun akan rasa gembira tau.Aku bersyukur sangat dapat masuk SERATAS dan berjumpa dengan kawan-kawan yang mampu membawa aku ke arah kebaikan,alhamdulillah.

Sebelum aku berhenti menulis aku ada soalan nak tanya.Korang pernah tak solat tarawih dan tiba-tiba bau kentut? HAAAA KALAU KORANG NAK TAHU KISAH SOLAT TARAWIH SELEPAS BERBUKA PUASA DENGAN SAMBAL TUMIS PETAI,JANGAN LUPA BACA POST SETERUSNYA TAUU. Bye assalamualaikum.


😍 𝕂𝔼ℙ𝕌𝕋𝕌𝕊𝔸ℕ 𝕌𝕁𝕀𝔸ℕ 𝟙 😍

Assalamualaikum semua,okey harini aku akan cerita tentang keputusan ujian 1 aku.Ada apa dengan ujian 1 aku sampai kakak dorm aku jadi seorang yang sangat memahami? Haa ini jawapannya.

Sebenarnya markah ujian 1 aku waktu tingkatan 1 sangat baik.Mungkin ada yang cakap "alah baru ujian 1". Tapi cuba korang bayangkan,pertama kali aku tinggal asrama dan dengan dibuli lagi,kena bertugas  sana-sini tapi aku berjaya dapat keputusan gempak.Waktu ujian 1,aku dapat nombor 2 dalam batch.Kalau korang nak tahu,waktu tingkatan 1,aku memang belajar dengan bersungguh-sungguh sebab keinginan untuk dapatkan keputusan elok dan banggakan mak abah sangat tinggi.Waktu tu,aku tak pernah rasa bosan bila belajar dan aku suka sangat dengan apa yang aku belajar.Yang aku tahu,hari-hari aku mesti belajar dengan bersungguh-sungguh.Alhamdulillah keputusan aku membuktikan bahawa segala usaha aku adalah tidak sia-sia.
    
Jadi,pada suatu hari,selepas aku dan ahli dorm yang lain selesai membaca Al-Mulk,kakak-kakak dorm  aku bertanyakan tentang keputusan ujian 1 aku dan dormate aku.Diorang terkejut sangat bila aku cakap yang aku dapat nombor 2 dalam batch.Aku rasa selepas malam tu,kakak-kakak dorm aku macam dah faham kenapa aku buat keputusan untuk  belajar di tengah kawasan asrama walaupun dengan persekitaran yang bising.Mungkin diorang dah tahu yang aku taknak balik dorm awal sebab aku taknak habiskan masa belajar aku dengan mengurut.Nasib baik juga keputusan ujian 1 aku elok,kiranya alasan aku boleh diterima la kan hahaha.Jadi kehidupan waktu tingkatan 1 berakhir macam tu je,kiranya kebanyakan masa aku habis dengan belajar.


Ini gambar aku dan rakan sekelas semasa tingkatan 1.


Masuk je tingkatan 2,aku dah mula jadi nakal TAPI aku masih utamakan pelajaran.Zaman sewaktu tingkatan 2 rasa sangat seronok sebab aku dapat belajar dengan kawan-kawan.Maksudnya,semua kawan-kawan rapat aku,jenis yang suka belajar,jenis yang suka berusaha bersungguh-sungguh,kalau tak faham apa-apa,cari jawapan sama-sama,belajar sama-sama.Tak tipu tau memang rasa seronok sangat belajar.Yang paling aku ingat,waktu tingkatan 2 ade isu jerebu,waktu tu sepatutnya minggu peperiksaan.Tapi semua orang tak dibenarkan pergi ke blok akademik sebab kementerian arahkan pelajar untuk tidak pergi ke sekolah.Jadi,kitorang semua memang rasa seronok sangat,bayangkanla minggu peperiksaan ditangguhkan,kitorang memang ada banyak masa untuk belajar.Hari-hari habiskan masa dengan belajar,belajar ramai-ramai.Tapi bukanlah setiap masa belajar.Kalau rasa penat,rehat sekejap,makan ramen ramai-ramai.Lepas tu baru sambung belajar balik.Bila masuk waktu solat,sama-sama pergi solat di masjid.Setiap masa dengan kawan-kawan,seronok tau waktu  ni.Aku rasa dah banyak kali ulang cakap seronok,nampak tak betapa gembiranya aku bila tinggal di asrama.

Okey sambung balik tentang zaman tingkatan 2.Alhamdulillah keputusan waktu tingkatan 2 juga sangat memberansangkan, aku sentiasa berada dalam kedudukan 5 teratas untuk setiap peperiksaan.Sama juga dengan kawan-kawan lain yang sentiasa belajar sama-sama dengan aku.Kami semua merupakan pelajar yang berada dalam kedudukan 10 teratas bagi setiap peperiksaan, alhamdulillah. Namun,segala-galanya mula berubah sejak aku berada dalam tingkatan 3.Waktu aku tingkatan 3,aku bercinta dengan seorang lelaki dari kelas sebelah.Sebenarnya,aku dah mula bercinta dengan dia selepas habis je peperiksaan akhir tahun,waktu tingkatan 2.Tapi aku tak sangka langsung yang hubungan percintaan boleh menjadi punca utama aku lalai.Pada aku,bergantung kepada individu itu sendiri sama ada nak jadikan hubungan itu sebagai penghalang untuk belajar atau sebagai semangat untuk belajar.Sebabnya,ada sesetengah pasangan yang belajar dan berusaha untuk berjaya,kerana menginginkan keputusan yang cemerlang dan kedua-dua nama mereka dipanggil untuk naik ke pentas ketika keputusan PT3 diumumkan.

Tapi perkara ini tak terjadi pada diri aku,sebaliknya semakin lama aku menjadi semakin lalai.Aku sentiasa fikir:

"alaa chill la,PT3 lambat lagi" 

Hal ini menyebabkan keputusan semakin teruk,sangat teruk.Bayangkan,aku merupakan pelajar dari kelas pertama,tapi markah peperiksaan aku ibarat pelajar dari kelas hujung.Cikgu-cikgu memang dah berbuih mulut nasihatkan aku,tapi aku buat tak endah je.Mak dan abah apatah lagi.SAMPAIKAN AKU TAKNAK BALIK RUMAH SEBAB AKU TAK SUKA DENGAR MAK MARAH-MARAH.Mak aku pula dahla jenis yang tak suka kalau keputusan peperiksaan aku tak elok,memang ada je benda yang tak kena kalau aku balik.Tapi lama-lama aku sedar,aku rasa macam hilang sesuatu. Alhamdulilah Allah hadirkan balik perasaan itu,perasaan teruja dan seronok untuk belajar.Aku dah mula rasa bersemangat untuk belajar.Pagi petang,siang malam aku belajar sebab nak kejar balik semua perkara yang aku terlepas,bayangkan hampir setahun aku belajar tapi apa pun aku tak faham.Dan bukannya untuk satu subjek je,semua subjek tau.Jadi,memang tak terkira la berapa banyak perkara yang aku kena belajar balik.

Aku pergi "consult" dengan cikgu-cikgu aku,aku belajar dengan kawan-kawan aku,aku betulkan balik semua benda.Tiba hari keputusan PT3 dimumkan,aku tak pergi sekolah pun sebab aku takut sangat.Waktu tu pula,abah takde kat rumah,abah balik kampung.Sebelum abah pergi tu,abah dah cakap:

 "Tak payahla pergi ambil result PT3,nanti bila-bila pon boleh ambil kan?" 

Aku pon angguk je waktu tu,walaupun dalam hati,aku sangat sangat sangat sedih.Yelah abah cakap macamtu mestila sebab dia fikir yang keputusan PT3 aku teruk.Kakak dan mak aku pula,selalu cakap macamni :

"Tak tahula nak dapat berapa A je nanti." 

Siapa yang tak sedih? Setiap malam aku menangis,sedih sangat,aku taktahu nak mengadu kat siapa,hari-hari aku solat,aku menangis,mengadu pada Allah.Jadi,hari keputusan keluar tu,kawan aku ade ajak aku untuk pergi ambil keputusan dengan dia.Tapi aku taknak,sebab aku takut dan aku sedih sangat bila kena pergi dengan mak dan ayah orang.Dan hari tu jugak,aku bangun sangat awal dan tunggu je kawan-kawan aku mesej untuk bagitahu keputusan aku.

KORANG TAHU TAK,AKU BERJAYA DAPAT 10 A TAUUUU.AKU MENJERIT CAKAP KAT MAK AKU YANG AKU DAPAT A BAGI SEMUA SUBJEK.Mak aku menangis tau,menangis teruk.Mesti mak aku kesian sebab aku tak pergi sekolah,kesian sebab aku tak dapat ambil gambar dengan kawan-kawan lain,kesian sebab aku tak dapat naik pentas.Tapi hmm,mak yang taknak teman aku,cuba kalau mak nak teman aku pergi sekolah,naik teksi pon aku sanggup je tau.Korang tak rasa tau benda ni,aku rasa sedih sangat.Apa-apa pun,alhamdulillah,Allah bagi kesedaran untuk aku berubah,kesedaran untuk aku tuntut ilmu semula dan akhirnya aku berjaya.

Ini merupakan gambar aku dan kawan-kawan rapat semasa berada di tingkatan 2.Gambar ini diambil ketika jamuan hari raya aidilfitri di SERATAS.



Ini pula merupakan gambar ketika 2 Kejora.Gambar ini diambil semasa kami sedang menjalani "preparation class" pada waktu malam.


Gambat di atas merupakan rakan-rakan sekelasku semasa berada di tingkatan 2.


Inilah gambar aku dan kawan-kawan waktu tingkatan 3.


Korang rasa kan,waktu tingkatan 4 dan tingkatan 5,aku dapat keputusan macam mana?? Lagi elok atau lagi teruk?LAGI SATU, KALAU NAK TAHU KISAH TENTANG KAWAN AKU YANG MENANGIS DISEBABKAN AKU,korang kenala baca post seterusnya,jumpa nanti,byee.


😫 𝔸𝕊𝕐𝕀𝕂 𝔻𝕀𝔹𝕌𝕃𝕀 𝕂𝔼𝕋𝕀𝕂𝔸 𝕋𝕀ℕ𝔾𝕂𝔸𝕋𝔸ℕ 𝟙 😫

Hai semua,selamat datang ke blog mairamayraa.Seperti yang dijanjikan,aku nak cerita tentang pengalaman aku dibuli.Haaa ingat lelaki je ke ada kes buli?Perempuan pun ada tau.Aku rasa aku dengan dormate aku je yang kena buli waktu tingkatan 1,kawan-kawan kitorang yang lain tak de pun kena buli.

Kisahnya macam ni,dalam dorm aku,ada 4 orang senior tingkatan 5,tiga orang senior tingkatan 4,dua orang senior tingkatan 3 dan seorang senior tingkatan 2.Yang selalu buli kitorang ni mestilah senior tingkatan 5.Ada tiga orang senior tingkatan 5 yang selalu buli kitorang.Yang paling kerap buli kitorang,senior A.Senior A ni jenis yang susah nak kejut dan susah bangun tidur.Tapi dia rajin belajar,jadi memandangkan aku ni sejenis yang senang terjaga,aku diberi amanah untuk kejut dia setiap hari,pukul 4 pagi.Bayangkanla,bangun awal-awal bagi semata-mata kena kejut senior,yang tu aku okey lagi.Yang tak okey tu bila dia dah bangun dah,pastu tidur balik.Memang susah sangat nak kejut dia.Ada suatu hari tu aku kejut dia,lepas dia dah bangun,aku terus pergi sambung tidur.Esoknya tu aku kena marah sebab tak kejut dia sampai bangun huhuhu.Padahal aku dah kejut,lama tau aku kejut dia.Lepas dia bangun barula aku pergi sambung tidur.MANALA AKU TAHU YANG DIA PUN SAMBUNG TIDUR JUGAK LEPAS DAH BANGUN.SALAH AKU KE ???

Okey,lama-lama benda ni jadi kebiasaan,jadi aku macam tak kisah dah.Tapi kebiasaan ni jadi luar biasa bila dia tiba-tiba suruh aku seterika baju dia selepas kejutkan dia.Eii nak kejut dia pon ambil masa,ni nak kena seterika baju dia pula.DAHLA PUKUL 4 PAGI,SIAPA JE TAK TAKUT NAK PERGI SETERIKA BAJU KAT BAWAH SORANG-SORANG.Aku ni,setiap hari sanggup beratur panjang-panjang tunggu giliran untuk seterika baju waktu malam sebab taknak bangun awal pagi semata-mata untuk seterika baju.Tapi nak buat macam mana,nama pun junior,tingkatan 1 pulak tu.Aku terpaksa akur dan patuh je.Bukannya setiap hari dia minta tolong aku untuk seterika baju dia,tapi boleh dikatakan selalu jugakla.Jadi,disebabkan aku disuruh untuk seterika baju selepas kejutkan dia,aku pun terpaksala tawarkan diri untuk seterika baju dia pada waktu malam.YELA SEBAB AKU TAKUT NAK PERGI SETERIKA SORANG-SORANG KAT BAWAH PUKUL 4 PAGI.Sejak haritu,hari-hari dia selitkan baju dia dan minta tolong aku untuk seterika.Katanya,alang-alang aku dah turun bawah,apa salahnya kalau seterika baju dia sekali.Maka,perkara ni pun dah jadi rutin harian aku.

Kemudian,ada satu hari ni,dia terjatuh depan pintu dorm.Tangan dia cedera teruk jugakla dan luka tu agak dalam.Bermulalah kes buli yang baru.Dia suruh aku dengan dormate aku basuh baju dia.Memula kitorang ingat,tolong bawak turun baju-baju dia untuk basuh guna mesin basuh,TAPI ANDAIAN KITORANG SALAH,DIA SURUH KITORANG BASUH DENGAN TANGAN.Aku sumpah pelik,kenapa tak basuh je guna mesin basuh,kitorang boleh je tolong bawak turun baju-baju dia untuk basuh guna mesin.Nak kata dia suka basuh baju dengan tangan,takkanla kat rumah pon hari-hari nak basuh baju dengan tangan,Hm,tapi nak buat macam mana,kitorang simpan je tanda tanya tu dalam hati dan sama-sama basuh baju dia.

Dah siap basuh,takkanla nak biar je kan,kenala rendam pakai softener,perah baju,tunggu air kering,barula boleh sidai.Di SERATAS,kalau basuh baju dengan tangan,mana boleh terus sidai selepas basuh.Sebabnya,takde bumbung yang pisahkan aras bawah dan aras atas.Jadi,kalau orang dari aras atas sidai baju,memang habisla menitik air-air tu kena baju orang lain yang berada di aras bawah.Memang cari nahasla namanya,tambah pulak kalau baju dia dah nak kering.Kemudian,lepas je selesai sidai baju,kitorang pon masukla dorm untuk buat kerja sekolah.TAPI,BOLEH PULAK DIA KATA YANG DIA SAKIT BADAN.Nak urut sendiri tak boleh sebab tangan sakit,jadi terpaksala aku dan dormate aku urutkan badan dia.Kalau korang ada pengalaman urut badan orang,korang mesti tahu TAHAP LENGUH MENGURUT SAMPAI SEJAM.

Lepas dah sejam,baru dia kata:

 "eh dahla,kesian korang kena urut lama-lama."

Jadi,tugas mengurut pun selesai bagi dormate aku.TAPI BUKAN UNTUK AKU YE.Disebabkan dia kata aku pandai mengurut,jadi setiap malam,aku perlu urut dia sampailah dia cakap "dah". Bayangkan,malam-malam kena seterika baju dia,lepastu kena urut dia,esok awal pagi kena bangun untuk kejut dia pula,dengan tugas-tugas yang pelajar tingkatan 1 kena buat lagi.Memang penat.SEBAB TULA WAKTU AKU TINGKATAN 1, AKU "HOMESICK", SEBAB TULA BILA BALIK JE RUMAH,AKU MENANGIS MEROYAN TAKNAK BALIK ASRAMA.Melebih kan sampai meroyan hahahaha.Kakak-kakak dorm yang lain ade jugak buli kitorang,tapi takdela teruk macamni.Setakat suruh seterika baju sekali seminggu,picitkan kepala sekali-sekala,yang macam tu aku okey lagi.

Jadi,lama-kelamaan aku memang rasa penat.Mungkin sebab aku lagi banyak dibuli dari dormate aku dan kawan-kawan aku yang lain takde pun yang kena buli.Sebelum tidur,aku selalu mempersoalkan kenapa aku yang selalu kena buli,kenapa kawan-kawan aku yang lain tak.Aku bukannya budak lelaki.Budak lelaki hari-hari dibuli,boleh dikatakan setiap pelajar tingkatan 1 lelaki akan dibuli.Jadi,disebabkan aku dah tak tahan,setiap hari aku akan balik dorm lambat,aku buat kerja sekolah dan belajar di tengah kawasan asrama.Kalau belajar di tengah kawasan asrama,memang tak berkesan sangat sebab bising.Tapi aku belajar juga kat situ,aku biasakan diri untuk fokus dan belajar kat situ semata-mata taknak balik dorm awal dan disuruh buat itu ini.

Akhirnya,kakak-kakak dorm aku faham bila diorang nampak perubahan aku.Jujur,sebelum aku buat keputusan untuk bertindak macamtu,banyak kali aku fikir.Yela,aku ni baru tingkatan 1,mana boleh lawan senior.Tapi sampaikan minggu peperiksaan aku pun terganggu,aku memang tak boleh tahan.Aku dahla sejenis yang nak dapat markah tinggi,aku nak dapat keputusan elok,aku nak banggakan mak dan abah aku.Jadi,alhamdulillah keputusan yang aku ambil tak salah.Lepas je dapat keputusan ujian 1,barula kakak-kakak dorm aku faham kenapa aku buat keputusan untuk belajar kat tengah kawasan asrama.Sejak daripada haritu,diorang pon dah kurang membuli aku,alhamdulillah.


Inilah gambar asrama perempuan.Takde bumbung yang pisahkan aras 1 dan aras 2.Sebab tula kena tunggu air dari baju dah tak menitik,baru boleh sidai.

Sebelum berakhir,aku ada teka-teki untuk korang.Korang rasa kenapa lepas keputusan ujian 1 keluar,barulah kakak dorm aku faham dengan tindakan yang aku ambil?? Ada apa dengan keputusan ujian 1 aku? Haa kalau korang nak tahu kenapa,jangan lupa baca post seterusnya.Byeee.


Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Kalau ada masa lapang,

Jangan lupa baca nanti.


Sumber gambar https://www.google.com/searchq=dorm+seratas&rlz=1C1CHBD_enMY903MY903&sxsrf=ALeKk00tU-nRGQsqdBdGIeXIS61Ue4WlBg:1608912790771&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjg9fiaw-ntAhVxyzgGHZTTDkUQ_AUoAXoECA8QAw&biw=1366&bih=600#imgrc=Tr8MTQx6s_T8fM

    



😨𝕂𝕀𝕊𝔸ℍ 𝕊𝔼ℝ𝔸𝕄 𝔹𝔸ℍ𝔸𝔾𝕀𝔸ℕ 𝟚😨

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,SELAMAT DATANG DIUCAPKAN.Ceh,macam kat majlis kahwin pulak ayatnya kan.Okey,jadi harini aku akan sambung cerita dekat korang tentang kisah seram yang berlaku di SERATAS.

Macam yang aku cakap,harini aku akan tulis tentang kisah histeria yang berlaku waktu zaman aku di SERATAS.Sebenarnya waktu aku tingkatan 1 dan tingkatan 2 ,takde apa pon yang serius berlaku di SERATAS,tapi semuanya berubah sejak aku tingkatan 3.Waktu aku tingkatan 3,aku ditempatkan di blok G,dorm G3-4.Blok G ni adalah satu-satunya blok baru di asrama perempuan.Waktu tinggal di blok G, aku adela dengar yang budak-budak yang berada di dorm lama aku ( F2-4) selalu diganggu dengan benda tu.Mula-mula aku perkara ingat biasa jela sebab dulu kakak-kakak dorm aku pun pernah kena jugak.Tapi lama-lama kes ni makin serius,sampai ustaz dan budak lelaki terpaksa datang dorm F2-4 untuk azan dan buat pendinding.

Dengar cerita,salah seorang junior dorm tu duduk di katil yang sama dengan kakak dorm aku yang kena cakar dulu.Lepas ustaz datang buat pendinding kat dorm F2-4,ingatkan kes ni dah habis,tapi rupa-rupanya tak habis lagi.Junior aku tu kata,bila dia tidur je,selimut dia mesti kena tarik,lepas dia ambil selimut tu balik,tak lama lepastu kena tarik lagi. "Benda" tu tarik selimut dia mula-mula perlahan je,lama-lama makin kasar sampai ade satu hari,katil dia bergegar.

Untuk pengetahuan korang,setiap malam,semua pelajar puteri perlu kumpul di tengah kawasan asrama untuk menjalani "roll call". "Roll call" ni maksudnya semua pelajar perlu berkumpul dan ketua dorm akan laporkan kehadiran semua ahli dorm.Tujuan "roll call" diadakan adalah untuk menyemak keberadaan semua pelajar,andai kata ade yang tiba-tiba hilang ke,tak balik-balik asrama selepas "preparation class" ke dan sebagainya.Ada suatu hari ni,waktu kitorang tengah "roll call" ,tiba-tiba kitorang semua bau benda busuk.Semua orang buat taktahula jela,ingatkan bau sampah belakang asrama,tapi yang peliknya bau ni hari-hari datang,tak kisahla waktu duduk kat dorm atau waktu "roll call". Lama-lama baru kitorang tahu yang bila seorang dapat hidu bau busuk ni,maksudnya semua orang dapat bau,tak kisahla asrama lelaki ke perempuan ke,blok akademik ke ,yang pasti satu SERATAS dapat bau benda busuk ni dengan serentak.

Makin lama,bila kitorang semua bau je benda busuk ni,terus akan ada orang yang kena histeria, selalunya jadi kat sekolah.Tapi histeria yang tak teruk pun,maksudnya sorang dua je yang kena.Sampaikan ada satu hari ni,waktu kat asrama,kitorang semua kena tidur selepas ambil wuduk,tak boleh keluar dorm selepas ambil wuduk dan kena tidur dalam keadaan yang menutup aurat.Aku pun taktahula kenapa,aku ikut je apa yang disuruh,bukan aku je,semua orang jadi baik waktu tu.Ikut je semua arahan,takdela nak melawan ke nak bantah ke apa,takut punya pasal kan.

Kes ni jadi lama jugakla,dalam sebulan aku rasa.Rupa-rupanya waktu kes ni dah selesai,barula aku tahu yang semua ni berpunca dari junior aku yang tinggal kat F2-4 tu,alaa yang kena tarik selimut tu.Aku kurang pasti sama ada junior aku tu sebenarnya ade penjaga atau ade "benda" yang ikut dia,tapi memang "benda" tu ade dengan dia.Ustaz panggil mak ayah dia datang sekolah dan cuba selesaikan kes ni sama-sama,lama-kelamaan barula elok balik kehidupan kami semua di SERATAS,alhamdulillah.

Okey,kemudian aku kata nak cerita tentang tangan yang tiba-tiba muncul di tengah dorm kan,jadi ceritanya macamni.Waktu aku tingkatan 3,ade satu harini,aku dan ahli dorm yang lain sembang kat tengah-tengah dorm,sajela nak sembang-sembang sambil cerita tentang diri masing-masing,kitorang bercerita dalam gelap,tak pasang lampu.Kitorang bersembang dalam bentuk bulatan,tengah-tengah tu kosong.TIBA-TIBA,AKU NAMPAK ADE TANGAN KAT TENGAH-TENGAH BULATAN TU,AKU INGATKAN TANGAN KAWAN AKU,TAPI LAMA-LAMA AKU RASA PELIK SEBAB TANGAN TU STATIK DAN MACAM KENA KERAT.Aku ingatkan aku je perasan kewujudan tangan tu,tapi rupa-rupanya kawan yang duduk sebelah aku pun perasan jugak.Aku memang takutla kan,aku diam je,tapi kawan aku tu berani,dia bangun dan pergi hidupkan suis lampu.Aku sangat bersyukur sebab dia berani,kalau tak,tak tahula sampai bila aku nak menghadap tangan tuuu,huhuhu.KORANG BAYANGKAN TIBA-TIBA NAMPAK TANGAN YANG MACAM KENA POTONG DEPAN MATA KORANG DAN BENDA TU ORANG LAIN TAK NAMPAK.TAKUTT TAHU TAK HUHUHU.

Sebenarnya banyak lagi kisah seram yang berlaku,tapi yela kalau nak cerita ni,sampai bila pun tak habis.Ade cerita pasal nampak perempuan menari kat hujung aras,dengar suara orang gelak mengilai-ngilai dan banyakla lagi.Tapi takpe,korang boleh rasa semua pengalaman tu kalau masuk asrama.Janganla lepas baca blog ni,korang takut nak masuk asrama pulak,ingatlah yang kisah seram macamni la yang buatkan korang ade pengalaman dan ade perkara yang boleh diceritakan pada orang lain.Ade beribu lagi benda best yang berlaku bila masuk asrama tau,so kisah seram macamni tak memberi kesan langsung ke atas kehidupan korang kat asrama,jadi jangan risau okey.


Ini adalah gambar ahli dorm G3-4 dan Puan Rohaiza sewaktu perjumpaan mentor-mentee,yang depan sekali tu aku.Waktu ni pelajar tingkatan 5 takde dalam dorm,sebab diorang ade kelas pagi.

Okey,jadi post seterusnya,aku akan cerita pada korang macam mana kehidupan aku waktu dibuli semasa aku tingkatan 1.Saje tak cerita awal-awal,aku nak bagi korang baca kisah seram dulu hehe.Sebab sesetengah orang jadi bersemangat bila baca tentang kisah seram macam ni.Okey,setakat ini sahaja penulisan aku untuk harini,jumpa nantii tauu,bye assalamualaikum.


Sumber gambar:  https://www.facebook.com/photo?fbid=617862835039753&set=a.119639498195425