Hai semua, okey ini adalah kali pertama aku menulis blog dan blog ini hanya akan berkisarkan tentang ~ my journey~
Sebelum tu,jemput tengok video ni dulu tau.Inilah sekolah aku.
Waktu darjah 1 sampai darjah 6,aku belajar rajin-rajin sebab nak dapat keputusan yang bagus bagi setiap peperiksaan.Lagipun,mak dan abah pentingkan pelajaran,jadi aku memang kena belajar rajin-rajin.Tapi aku tak pernah rasa tertekan pun,sebabnya aku rasa seronok sangat belajar.Tak pernah sekali pun aku tidur dalam kelas,hmm kalau nak banding dengan waktu sekolah menengah memang tak boleh lawanla,waktu sekolah menengah tak terkira berapa kali TERtidur dalam kelas.Okey tak nak cerita tentang sekolah menengah lagi,tapi nak selit sikit je,untuk pengetahuan pembaca semua,aku bersekolah di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) dan aku rasa sangat bertuah dapat sambung belajar selama 5 tahun di SERATAS.Okey kita teruskan dengan sekolah rendah,disebabkan aku rajin belajar(bukan nak bangga) dan mungkin ikhlas waktu belajar,aku sentiasa dapat nombor 1 bagi setiap peperiksaan dari darjah satu sampailah darjah 6 SEHINGGALAH...
Waktu peperiksaan akhir tahun,aku tak dapat nombor 1,aku tak dapat 5A.Aku dapat 4A1B. Dan aku dapat B untuk Bahasa Melayu,agak sedih sebenarnya SEBAB waktu tu cikgu bawak murid-murid yang dapat 5A pergi mandi di Bukit Merah Laketown !! Sejak dari haritu, aku pun belajar dan buat persiapan yang secukupnya bagi menghadapi UPSR.Itupun,hari-hari jugakla kena bebel sebab selalu sangat tengok TV,mak kata waktu kakak-kakak aku belajar dulu,diorang tak tengok TV pun,okey susah jugak ye dapat kakak yang rajin ni (gurau).Ouh untuk pengetahuan para pembaca,adik beradik aku semua perempuan tau,aku takde abang atau adik lelaki.Okey sambung balik.Zaman dulu takde telefon pintar lagi,aku ade telefon cikai je,alaa telefon tekan-tekan tu,jadi aku mampu tengok TV je untuk dijadikan hiburan.Hari demi hari,waktu demi waktu,semuanya berjalan dengan begitu pantas,tibalah saat yang sangat mendebarkan,iaitu hari pertama peperiksaan UPSR.Waktu ni adela rasa takut sikit tapi tak setakut waktu nak SPM.Waktu hari pertama menduduki SPM,dengar azan sebelum masuk dewan pun dah meremang ,eh tercerita lagi zaman sekolah menengah.Maafkan saya,hihi.
No comments:
Post a Comment